Bagaimanakah untuk membuat resepi mee jawa yang sedap? Mee jawa merupakan hidangan istimewa yang mempunyai ramai peminat. Selalunya mee jawa dihidangkan semasa minum petang. Namun, mee jawa juga boleh dinikmati pada bila-bila masa yang disukai. Hidang mee berkuah ini sesuai dihidangkan untuk semua peringkat umur.
Pengenalan
Mee jawa merupakan hidangan yang berasal dari negara Indonesia. Tetapi, menu mee jawa di Malaysia mempunyai sedikit perbezaan seperti keledek dijadikan bahan dalam pembuatan kuah mee jawa. Mee jawa sering dinikmati sebagai hidangan minum petang tetapi ia juga boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, mee jawa juga boleh dihidangkan untuk majlis keramaian ataupun hidangan istimewa pada hari raya.
Ayuh kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mee jawa.
Bahan-Bahan Untuk Resepi Mee Jawa
(Hidangan untuk 3 orang)
- 2 paket mee kuning
- 1/2 kg keledek kuning/oren
- 1 cawan udang kering
- 1 cawan udang basah
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula melaka
- Minyak masak
- 3 sudu besar cili kisar
Bahan-bahan kisar:
- 3 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci belacan
Bahan-Bahan Tambahan Pelengkap
- 5 biji telur rebus
- 2 tangkai cili besar merah
- 2 tangkai cili besar hijau
- Daun sup
- Taburan bawang goreng
- Taugeh
- Tauhu 2 keping
- Limau kasturi (dibelah dua sahaja)
Cara-Cara Memasak Resepi Mee Jawa
- Celur mee kuning lebih kurang 2 minit didalam air mendidih. Angkat dan toskan.
- Rebus keledek kuning sehingga empuk. Angkat dan sejukan dahulu.
- Sementara itu, gorengkan udang kering dan rebus udang basah. Kisarkan semuanya.
- Lenyek atau kisar halus keledek kuning yang sudah direbus dan disejukan itu.
- Panasakan minyak masak.
- Jika minyak sudah panas, masukkan bahan kisar untuk ditumis terlebih dahulu sehingga kekuningan atau naik bau.
- Selepas itu, masukan cili, udang kering dan udang basah yang telah dikisar. Tumis dan gaul sekali hingga sebati.
- Jika semua bahan tumisan sudah masak dengan elok dan catik, boleh masukan air secukupnya.
- Biarkan seketika sehingga air mendidih.
- Setelah itu, bolehlah masukan keledek kuning yang telah dikisar halus tadi.
- Masukan gula melaka dan garam mengikut cita rasa anda.
- Jika kuah mee jawa terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air mengikut selera kepekatan yang and mahukan.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga kuah mee jawa mendidih.
- Jika kuah sudah masak dan secukup rasa, boleh matikan api.
- Tuangkan kuah mee jawa ke dalam mangkuk.
Untuk bahan pelengkap mee jawa
- Rebus telur sehingga masak.
- Sementara menunggu telur masak, boleh gorengkan tauhu dahulu.
- Goreng tauhu sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyak.
- Selepas itu, celur taugeh didalam air yang mendidih lebih kurang 1-2 minit. Angkat dan toskan.
- Hiris halus cili besar merah, cili besar hijau dan daun sup.
- Jika telur dah masak, boleh rendam didalam air sejuk sebentar sebelum buang kulit telur.
- Akhir sekali, boleh dihidang bersama mee jawa.
Tips hidangan:
- Mee jawa juga boleh dihidangkan bersama daging tetel yang direbus.