resepi kuey teow ladna

Resepi Kuey Teow Ladna Makan Panas-Panas

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi kuey teow ladna yang sedap? Kuey teow ladna yang sedap adalah apabila ia dimakan panas-panas. Inilah menu yang menjadi kegemaran jika berkunjung ke gerai masakan panas pada waktu malam. Hirupan kuahnya mampu menghangatkan badan anda ketika mengharungi sejuk di malam hari.

Pengenalan

Kuey teow merupakan hidangan yang boleh dimasak dalam pelbagai cara. Salah satunya ialah kuey teow ladna. Kuey teow ladna ialah merupakan hidangan kuey teow yang dimasak dengan kuah yang menggunakan kicap pekat. Selain itu, dengan dihidangkan bersama telur mata, kuey teow ladna mampu membangkit selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Hidangan ini juga sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur. Selain mendapatkannya di restoran, anda juga boleh memasak sendiri menu istimewa ini di rumah.

Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kuew teow ladna.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuey Teow Ladna

  • 2 Paket kuey teow (untuk 2-3 orang)
  • Kicap manis secukupnya

kuah kuey teow ladna:

  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • Isi ayam (dipotong kecil / dadu)
  • Udang yang dibersihkan (nak buang kulit pun boleh)
  • Sotong yang dibersihkan
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang)
  • Sayur sawi (boleh juga digantikan dgn sayur kailan)
  • Sedikit bunga kobis
  • 3 batang jagung muda (baby corn) yang dihiris memanjang
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya

Bahan tambahan:

  • bawang goreng untuk ditabur
  • 2 biji limau kasturi (dibelah dua)

Cara-Cara Memasak Resepi Kuey Teow Ladna

  1. Basuh kuey teow sehingga bersih dan toskan.
  2. Gaul kuey teow dengan kicap manis sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Goreng sebentar kuey teow lebih kurang 2-3 minit, angkat dan ketepikan.

kuah kuey teow ladna:

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Jika minyak sudah panas, masukan bawang putih. Tumis sebentar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Kemudian masukan isi ayam. Masak sehinnga lembut.
  4. Setelah isi ayam masak dan lembut, barulah masukan makanan laut yang ada iaitu udang dan sotong.
  5. Kacau sebentar sehingga udang dan sotong separa masak.
  6. Selepas itu, boleh masukan sayur yang sedikit keras dahulu seperti lobak merah, anak jagung muda (baby corn) dan bunga kobis.
  7. Masak seketika sehingga kesemua sayuran itu sedikit lembut. Selepas itu, barulah masukan tomato dan sayur sawi.
  8. Masukan air secukupnya ke dalam tumisan kita tadi. Biarkan air seketika sehingga mendidih.
  9. Jika air sudah mendidih bolehlah masukan sos tiram, kiub pati ayam dan bancuhan tepung jagung.
  10. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
  11. Jika kuah kuey teow ladna sudah memekat, boleh la matikan api.
  12. Tuangkan kuah ke atas kuey teow kita tadi. Taburkan bawang goreng dan perah limau kastur. Selamat menjamu selera!

Tips hidangan:

  • Jika anda suka pedas, boleh tambah cili padi ke dalam kuah kuey teow ladna.
  • Boleh dihidangkan bersama telur mata goreng cair jika suka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + two =