resepi makaroni goreng

Resepi Makaroni Goreng Simple Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi makaroni goreng yang sedap? Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu resepi yang sangat mudah disediakan dan semestinya enak rasanya iaitu resepi makaroni goreng. Makaroni boleh dimasak dengan pelbagai cara iaitu boleh dimasak bersama keju, sos pasta dan juga boleh dibakar. Menu makaroni goreng juga sedap dan sesuai dihidangkan untuk semua peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun dewasa.

Pengenalan

Makaroni adalah sejenis pasta yang berbentuk tiub sempit. Ia terdapat dalam pelbagai jenis bentuk. Makaroni juga merupakan makanan yang berasal dari negara Itali. Walaupun makaroni berasal dari negara barat namun masakan berasaskan makaroni boleh saja diubah suai mengikut cita rasa Malaysia. Bukan Malaysia lah kalau tidak pedas, tak gitu guys?

Menu makaroni goreng selalu dijadikan menu sarapan pagi atau juadah ketika tetamu bertandang ke rumah. Ia juga boleh dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti majlis hari jadi terutamanya. Makaroni goreng juga sering menjadi pilihan kanak-kanak. Anda boleh kurangkan sedikit rasa pedas jika mahu dihidangkan untuk kanak-kanak.

Makaroni juga merupakan alternatif masakan jika sudah bosan dengan manu seperti nasi dan mee. Masakan yang mudah ini sudah tentu anda boleh lakukannya di rumah. Apa kata anda cuba masak makaroni goreng ini sebagai hidangan untuk keluarga pada hujung minggu ini. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi makaroni goreng.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Makaroni Goreng

  • 400g pek makaroni
  • Satu cawan Isi ayam (boleh juga menggunakan isi ayam kisar)
  • Setengah cawan daging kisar (pilihan, jika tak nak pun tak mengapa)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris nipis dan memanjang)
  • 1 pokok brokoli (ikut suka nak banyak mana)
  • 1 biji lada benggala (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu cili kisar (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • Minyak masak
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar/ tumbuk hancur:

  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Bahan hiasan (optional):

  • Daun sup (dihiris nipis)
  • Sedikit taburan bawang goreng

Cara-Cara Memasak Resepi Makaroni Goreng:

  1. Masak air hingga mendidih didalam periuk besaiz sederhana besar. Jika air sudah mendidih, masukan makaroni kedalamnya. Letak sedikit garam dan 1 sudu minyak masak.
  2. Jika makaroni sudah sedikit lembut, angkat dan toskan.
  3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak didalam kuali.
  4. Jika minyak sudah panas, masukan bahan kisar.
  5. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Selepas itu masukan cili kisar, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis,kicap pekat dan kiub ayam. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukan isi ayam ataupun daging kisar ke dalam tumisan.
  8. Masak sehingga lembut.
  9. Selepas itu, boleh la masukan semua sayuran yang ada. Biarkan masak seketika sehingga lembut. (Jangan terlalu lama kerana kita tak mahu sayur menjadi lembik).
  10. Akhir sekali masukan makaroni yang direbus ke dalam kuali.
  11. Kacau sehingga sebati. Kecilkan api untuk elakkan hangit.
  12. Perasakan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
  13. Jika semua rasa sudah sebati bolehlah matikan api.
  14. Tuang ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup dan sedikit bawang goreng ke atasnya. Makaroni goreng siap untuk dihidangkan.

Tips memasak:

  • Jangan masak makaroni terlalu lembut kerana kita mahukan tekstur al dente. Al dente ialah pasta/makaroni sudah masak sepenuhnya di luaran tetapi masih mempunyai tekstur sedikit keras dibahagian dalam. Ini kerana pasta/makaroni akan dimasak lagi sekali bersama sos.
  • Untuk elakkan makaroni melekat selepas direbus, siramkan makaroni dengan air ais selepas ditoskan.
  • Letakkan sedikit air rebusan makaroni semasa memasukkan ayam dan daging (dalam 3 sudu).
  • Boleh makan makaroni goreng bersama lada sulah atau sedikit minyak zaitun untuk rasa lebih enak.
  • Anda juga boleh taburkan parmesan cheese di atas hidangan makaroni jika suka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 14 =