resepi muffin blueberry

Resepi Muffin Blueberry Moist Dan Gebu

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi muffin blueberry yang sedap? Untuk artikel pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang satu resepi special pencuci mulut iaitu muffin blueberry. Menu muffin blueberry yang kedengaran seperti makanan Eropah ini amat lazat dan sesuai untuk kudapan minum petang. Walaupun anda berada di Malaysia, anda juga boleh membuat dan menghidangkan resepi ini. Kanak-kanak juga pasti sukakannya.

Pengenalan

Selain mempunyai rasa buah blueberry, muffin blueberry juga mempunyai tekstur yang gebu dan moist. Apa yang special nya ialah, muffin blueberry mempunyai gabungan rasa masam dan manis. Cara penghasilannya juga hampir sama dengan muffin chocolate chip dan muffin labu.

Muffin menjadi kegemaran ramai orang kerana ia mudah untuk dihasilkan, cepat dan rasanya yang amat sedap. Muffin juga mempunyai pelbagai jenis variasi. Antaranya adalah muffin mentega, muffin chocolate chips, muffin labu dan muffin pandan. Pada kali ini, saya akan kongsikan resepi muffin blueberry yang mudah dan sedap. Mari kita cuba membuatnya di rumah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Muffin Blueberry

  • 60 gram mentega
  • 60 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred C
  • 1 suduk kecil esen tutti frutti
  • 125 gram tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 30 mL susu segar
  • 50 gram blueberry beku
  • Cawan muffin
  • Lebihan blueberry sebagai topping

Cara- Cara Menyediakan Resepi Muffin Blueberry

  1. Di dalam bekas, masukkan mentega dan gula kastor. Pukul sehingga sebati menggunakan pemukul.
  2. Apabila sudah sebati, masukkan telur dan esen tutti frutti. Pukul lagi sehingga sekata semua bahan.
  3. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik terlebih dahulu agar hasil keknya nanti lebih gebu. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang sudah diayak ke dalam adunan tadi. Gaulkan sehingga sebati menggunakan spatula.
  4. Kemudian, masukkan susu segar dan sambung gaulkan sehingga adunan sekata.
  5. Selepas itu, masukkan blueberry yang telah beku ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin sebanyak 3/4 cawan muffin agar adunan tidak melimpah keluar semasa membakar nanti kerana adunan ini akan kembang naik apabila dibakar. Hal ini kerana adunan ini mempunyai serbuk penaik.
  7. Kemudian, taburkan blueberry di atas adunan sebagai topping.
  8. Bakar adunan 140oC selama lebih kuranv 20 minit dengan api atas bawah.
  9. Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − three =