resepi kek red velvet

Resepi Kek Red Velvet Yang Lazat dan Gebu

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek red velvet? Kek red velvet merupakan antara jenis kek yang popular dan digemari ramai. Kek red velvet juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan di pelbagai majlis keraian. Selalunya kek ini dilengkapi dengan tambahan cream cheese yang mana ia menambahkan lagi kelazatan kek red velvet.

Pengenalan

Kek red velvet mempunyai kandungan bahan yang banyak beza berbanding dengan kek-kek yang lain. Bahan-bahan ini memberikan rasa kek red velvet lebih istimewa dan lazat dan bukan hanya sekadar kek butter biasa. Kek red velvet juga sesuai dihidangkan bersama cream cheese yang mana ia dapat memberikan gabungan rasa lemak, manis dan sedikit masam. Cara-cara untuk memasak kek red velvet juga tidaklah terlalu sukar. Anda juga boleh menyediakan resepi istimewa ini di rumah. Kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda berkenaan cara-cara untuk memasak resepi kek red velvet yang sedap dan gebu.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Red Velvet

Saiz acuan: 7 inci. 

Bahan A

  • 70g butter
  • 120g gula kastor (boleh tambahkan 20g lagi jika hendak lebih manis)
  • 3 biji telur gred A

Bahan B

  • 250g tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam halus

*ayak sekali semua bahan B

Bahan C

  • 1 cawan buttermilk *jika tiada, boleh gantikan dengan campuran 3/4 cawan susu, 1/4 cawan heavy cream dan 1 sudu besar cuka-kacau dan biarkan dalam 10 minit.
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanila

*campurkan kesemua bahan C

Cara-Cara Memasak Resepi Kek Red Velvet

  1. Pukul butter, kemudian masukkan gula dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil pukul adunan.
  3. Kemudian, masukkan bahan B dan diselang seli dengan Bahan C sehingga habis.
  4. Panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit

Tips tambahan:

  • Boleh dihidangkan bersama cream cheese untuk lebih sedap.

Resepi Frosting Cream Cheese

  • 350g cream cheese
  • 200g gula aising
  • 70g butter
  • 1 sudu kecil esen vanila

Pukul cream cheese bersama butter hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Selepas itu, masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil pukul dan kembang. Jangan terlalu lama untuk elakkan cream cair.

Selamat Mencuba

Resepi Kek Yang Lain

Kek MarbleKek Red Velvet
Kek ButterKek Pisang
Kek BatikKek Coklat Moist
Kek CarrotKek Oren
Kek Pandan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 17 =