resepi kek batik

Resepi Kek Batik Mudah Dan Memikat Selera

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek batik yang mudah dan sedap? Kek batik merupakan sejenis menu pemanis mulut yang amat mudah untuk disediakan. Walaupun resepi kek batik sangat ringkas, namun kelazatannya menjadi kegemaran ramai orang terutamanya bagi peminat coklat. Hidangan kek batik turut boleh disediakan sebagai menu minum petang untuk seisi keluarga.

Pengenalan

Kek Batik merupakan menu kek yang tidak memerlukan proses pembakaran menggunakan ketuhar. Kerangupan biskut marie dalam kek batik yang diadun dengan coklat cair memberikan rasa keenakan yang memikat selera sesiapa sahaja. Selain itu, bahan-bahan untuk membuat kek batik adalah mudah untuk didapati di kedai. Kek batik juga perlu disediakan dengan mengikut sukatan yang betul. Jika tidak, kek batik akan menjadi agak keras dan sukar untuk dikunyah. Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang resepi kek batik yang mudah dan pasti menyelerakan.

Masa memasak: 15-20 minit

Saiz Hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Batik

  • 250gm butter
  • 1 bungkus biskut marie (original)
  • Setengah tin susu pekat manis
  • 1 ½ cawan serbuk milo
  • Setengah cawan serbuk koko
  • 1sudu kecil instant coffee (ikut selera masing-masing)

Cara-Cara Untuk Menyediakan Resepi Kek Batik

  1. Alaskan bekas dengan kertas minyak.
  2. Cairkan butter dalam kuali dengan menggunakan api kecil.
  3. Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan serbuk koko dan instant coffee dan kacau lagi.
  5. Setelah itu, masukkan pula susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  6. Tutup api dan taburkan biskut marie yang telah dipecahkan. Gaulkan sebati.
  7. Kemudian masukkan ia ke dalam bekas dan ratakan.

Tips Berguna:

  • Setelah sejuk, boleh masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk untuk lebih sedap.
  • Jangan masak terlalu lama sehingga likat untuk mengelakkan kek batik menjadi keras.
  • Boleh tambah sedikit air untuk menjadikan kek batik sedikit lembab dan lembut.

Resepi Kek Yang Lain

Kek MarbleKek Red Velvet
Kek ButterKek Pisang
Kek BatikKek Coklat Moist
Kek CarrotKek Oren
Kek Pandan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − 5 =