Resepi Kek Butter

Resepi Kek Butter Yang Lembut dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat kek butter yang lembut dan sedap? Kek butter menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai bau butter yang wangi dan sedap. Kek butter juga mudah untuk disediakan dan sering dihias dengan pelbagai jenis topping krim untuk dijamu di pelbagai majlis keraian. Selain itu, hidangan kek butter yang gebu ini juga sangat sesuai dijamah bersama air teh panas untuk menu minum petang.

Pengenalan

Kek butter mempunyai tekstur yang gebu dan halus berbanding kek minyak. Kek minyak pula mempunyai rasa yang lebih berminyak berbanding kek butter. Oleh kerana penggunaan butter dalam kandungan resepi kek butter, harga kek butter yang dijual menjadi sedikit mahal. Namun, kek butter tetap menjadi tarikan ramai orang kerana ia mempunyai aroma butter yang enak dan rasanya yang gebu dan lembut. Walaupun kek butter agak sedikit mahal, kek butter sebenarnya amat mudah untuk dibuat. Anda boleh mencuba untuk memasak kek butter sendiri di rumah. Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat kek butter yang lembut dan sedap.

Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Butter

  • 250 g tepung naik sendiri
  • 200 g gula kastor (boleh tambah 30g untuk lebih manis)
  • 1 blok butter = 250 gm ( butter Anchor unsalted)
  • 4 telur gred A
  • 2 sudu teh vanilla essence
  • Setengah cawan susu segar (atau susu tepung dibancuh sejuk)

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kek Butter

  1. Panaskan ketuhar 150 C.
  2. Sediakan cake tin bersaiz 8 inchi dengan kertas minyak,
  3. Pukul butter and gula kastor sampai kembang dan warna seakan pucat.
  4. Masukkan secara telur satu per satu diselang selikan dengan tepung.
  5. Masukkan vanila essence dan susu. Kemudian kacau dan adukkan.
  6. Pastikan adunan dalam keadaan seperti boleh jatuh “drop”. kalau adunan tak jatuh, tambahkan sedikit susu dan kacau lagi.
  7. Tuang adunan ke dalam cake tin dan bakar selama 40 minit (api atas & bawah).

Tips berguna:

  • Cara untuk memastikan kek sudah masak adalah dengan cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Pastikan tiada adunan melekat pada batang lidi.

Selamat mencuba

Resepi Kek Yang Lain

Kek MarbleKek Red Velvet
Kek ButterKek Pisang
Kek BatikKek Coklat Moist
Kek CarrotKek Oren
Kek Pandan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 1 =