Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Asam Pedas Ayam yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan ringkas cara masakan Asam Pedas Ayam yang anda boleh lakukan di rumah untuk orang tersayang.
Pengenalan
Haaa saya pasti ramai orang yang suka makan ayam bukan? Ayam goring, ayam berlada, ayam kari dan ayam kurma. Tetapi bagaimana pula dengan Asam Pedas Ayam? Adakah anda gemar makan Asam Pedas Ayam? Atau… ini kali pertama anda mendegar mengenai masakan Asam Pedas Ayam? Jika begitu, jangan khuatir, kerana resepi Asam Pedas Ayam ini sangat simple dan mudah!
Untuk makluman pembaca, cara masakan Asam Pedas Ayam lebih kurang sahaja dengan cara masakan Asam Pedas ikan. Apa yang membuatkannya berbeza adalah bahas utamanya. Ayuh lihat care-cara untuk masak Asam Pedas Ayam dan sila baca artikel ini hingga habis…
Masa untuk memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 3-5 orang
Bahan Untuk Resepi Asam Pedas Ayam
Bahan Asas
- 1 ekor ayam (dipotong 16 ketul atau 8, mengikut saiz ideal pembaca)
- 1 batang serai (dititik)
- Daun kesum
- Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
- Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
- 2 biji tomato
- 3 cawan air
- Sedikit lada hitam – tumbuk kasar
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan kisar (semua bahan ini dikisar sekali)
- 10-15 tangkai cili kering (pastikan biji dibuang)
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit
- 1 inci halia
- Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara Masakan Resepi Asam Pedas Ayam
- Panaskan minyak selama 3-4 minit, kemudianTumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga naik bau.
- (Nota ringkas: Penulis lebih gemar untuk masak guna kuali berbanding periuk. Lebih mudah untuk bahan digaul sama rata dan semua bahan juga boleh masak sebati lebih cepat.)
- Masukkan ayam, daun kesum dan bunga kantan. Seterusnya gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam mengecut
- Apabila ayam sudah mengecut, masukkan pula air asam jawa. Pastikan ianya di gaul sebati. Kemudian, masukkan garam dan lada hitam dan gaul sebati.
- Sekiranya air terlalu sedikit, sila tambahkan air secukupnya.
- Sila tutup kuali dan tunggu sampai ayam empuk.
- Apabila ayam sudah empuk dan kuah asam pedas sudah mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal, boleh tutup api dan hidang.
Penyediaan bahan hiasan
- Potong tomato kepada 4 kepingan dan susun dalam lauk asam pedas yang telah diletakkan dalam mangkuk.
- Pembaca juga boleh menggunakan cili besar sebagai hiasan. Belah cili besar kepada dua dan hiaskan ikut cita-rasa pembaca.
Tips
Masak Asam pedas ini sedap dimakan dengan:
- Nasi putih panas
- Telur dadar
- Ikan masin
- Ulam-ulaman
- Sambal belacan
Resepi Asam Pedas Lain
Asam Pedas Ikan Tenggiri | Asam Pedas Ikan Jenahak |
Asam Pedas Ayam | Asam Pedas Ikan Siakap |
Adam Pedas Ikan Patin | Adam Pedas Ikan Kembung |
Asam Pedas Ikan Kari |