resepi asam pedas ikan pari

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Sedap dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Asam Pedas Ikan pari yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan asam pedas ikan pari yang anda boleh lakukan di rumah.

Pengenalan

Asam pedas memerupakan salah satu masakan melayu yang terkenal di Malaysia. Ia banyak disediakan di Negeri Melaka dan juga Negeri Johor. Rasanya yang masam-masam pedas memberikan keunikan dan kesedapan masakan ini. Lauk dalam masakan ini juga boleh ditukar dengan beberapa bahan lain seperti ikan tenggiri, daging, ayam dan pelbagai lagi.

Pada artikel lepas, kita telah belajar cara untuk masak Asam Pedas Tenggiri. Kali ini, ayuh belajar menu resepi untuk Asam Pedas Ikan Pari!

Masa untuk memasak: 30 minit – 45 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Ikan Pari:

  1. 2 keping ikan pari
  2. 4 ulas bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 inci kunyit
  6. Cili kering
  7. 4 batang bendi
  8. Air secukupnya
  9. Garam (secukup rasa)
  10. Daun kesum
  11. 2 biji buah tomato
  12. Sedikit lada hitam
  13. Minyak untuk menumis

Cara penyediaan Asam Pedas Ikan Pari

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia
  2. Kemudian kisar pula cili kering hingga lumat
  3. Tumis bahan kisaran bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan pula kisaran cili kering, kacau hingga sebati dan pecah minyak.
  5. Tambahkan air mengikut kepekatan yang kita suka.
  6. Bila air sudah mendidih, masukkan bendi, dan ikan.
  7. Letak garam secukup rasa.
  8. Apabila semuanya sudah masak, tutup api dan menu Asam Pedas Ikan Pari sedoa untuk dihidangkan!

Tips:

Kuah asam seeloknya tidak terlalu pekat atau cair.

Diharapkan artikel masakan asam pedas ikan pari ini dapat membantu para pembaca untuk menghasilkan masakan yang sedap

Resepi Asam Pedas Lain

Asam Pedas Ikan TenggiriAsam Pedas Ikan Jenahak
Asam Pedas AyamAsam Pedas Ikan Siakap
Adam Pedas Ikan PatinAdam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 5 =