resepi kari ayam hijau

Resepi Kari Ayam Hijau yang Sedap dan Mudah

Resepi kali ini berasaskan masakan thai iaitu kari ayam hijau yang sedikit berbeza dengan kari ayam biasa. Kari ayam hijau merupakan menu masakan thai yang popular yang didatangkan di Malaysia. Rupa, rasa dan cara penyediaannya amat berbeza dengan kari ayam biasa yang kita selalu masak.

Malah, cara penyediaannya juga amat mudah. Untuk lebih mudah lagi, terdapat banyak pes kari hijau yang dijual di pasaran pada masa kini. Ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa anda. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak kari ayam hijau yang sedap dan mudah.

Pengenalan

Kari merah dan kari hijau mempunyai sedikit perbezaan. Tetapi, asasnya tetap sama iaitu menggunakan santan, kari dan rempah ratus. Perbezaannya adalah jenis cili yang digunakan yang memberikan hasil kepada warna kari. Kari merah mempunyai rasa yang lebih pedas berbanding kari hijau yang mana ia kurang rasa pedas dan lebih manis. Cara penyediaannya juga amat mudah. Saya akan kongsikan resepi kari ayam hijau seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Kari Ayam Hijau

Bahan-bahan Kari Ayam Hijau

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 kotak kecil santan kotak
  • 2-3 tangkai daun ketumbar (diptong halus)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 2-3 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • Sedikit minyak masak
  • Garam (secukup rasa)

Bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 6 – 7 batang cili padi hijau
  • 5 – 6 batang cili besar hijau

Cara- cara menyediakan Kari Ayam Hijau

  1. Pertama sekali, kisarkan semua bahan kisar sehingga lumat. 
  2. Di dalam kuali yang panas, tuangkan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan ayam dan kacau rata. Masak dengan api yang perlahan sehingga ayam sedikit masak dan menyerap bahan tumis agar rasa lebih enak.
  4. Masukkan santan bersama garam, gula, daun limau purut dan asam keping. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Masakkan sehingga kuah mendidih.
  5. Kemudian, masukkan bawang besar dan tomato. Kacau dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih panas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 5 =