resepi ayam masak serai ala thai

Resepi Ayam Serai Ala Thai yang Sedap dan Senang 

Resepi kali ini berasaskan masakan ala thai iaitu ayam serai ala thai. Masakan thai memang wajib mempunyai bahan seperti serai dan daun limau purut. Tidak terkecuali juga resepi masakan pada kali ini. Menu ayam serai ala thai ini amat mudah untuk dihasilkan dan menjimatkan masa.

Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja. Bahan yang digunakan juga adalah bahan asas yang mudah didapati dan kebiasaannya ada di dalam peti sejuk rumah masing-masing. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan ayam serai ala thai yang sedap dan senang.

Pengenalan

Ayam serai ala thai merupakan menu ringkas yang sedap, senang dan cepat untuk dihasilkan. Bahan wajib seperti serai dan daun limau purut semestinya tidak terkecuali dalam setiap hidangan masakan thai. I Ia menjadi pelengkap kepada setiap hidangan masakan thai. Saya akan kongsikan resepi ayam serai ala thai seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Serai ala Thai

Bahan-bahan Ayam Serai ala Thai

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • Serbuk kunyit
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang holland (dipotong bulat)
  • 3 helai daun limau purut (dipotong halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit minyak masak
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit perasa

Bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 6 tangkai cili api (mengikut kepedasan masing)
  • 2 batang cili besar hijau

Cara- cara menyediakan Ayam Serai ala Thai

  1. Pertama sekali, kisarkan semua bahan kisar sehingga lumat. Ketepikan sekejap.
  2. Dalam masa yang sama, gaulkan ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih bersama sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kemudian, gorengkan dalam minyak panas sehingga separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.
  3. Setelah itu, didalam kuali yang panas, tuangkan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang holland, serai dan daun limau purut sehingga naik bau.
  4. Selepas itu, masukkan bahan kisar. Kacau sehingga pecah minyak dan naik bau.
  5. Masukkan sos tiram bersama dengan sos cili. Gaul sekata. 
  6. Kemudian, masukkan garam secukup rasa, gula dan ayam yang telah digoreng sebentar tadi.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih panas. 

Selamat Mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =