resepi ikan kembung masak asam

Resepi Ikan Kembung Masak Asam yang Ringkas dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi ikan kembung masak asam yang sedap tapi ringkas dan cepat untuk disediakan? Ikan kembung masak asam merupakan salah satu menu kampung masakan melayu yang sedap dan sangat mudah untuk dimasak.

Di samping rasanya yang sedap, ia juga menjimatkan masa untuk disediakan. Sangat sesuai bagi ibu yang bekerjaya di luar sana. Bahannya juga tidak memerlukan bahan yang banyak. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan ikan kembung masak asan yang ringkas dan sedap.

Pengenalan

Ikan kembung masak asam merupakan menu makan tengah hari yang sangat sinonim dalam masyarakat melayu. Selain menggunakan ikan kembung, ikan lain juga boleh digunakan sebagai contoh, ikan selar, ikan tenggiri dan sebagainya.

Masakan masak asam ini juga mempunyai pelbagai versi. Ada yang menambahkan cuka ke dalam masakan kuah dan ada yang tidak. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Mari kita cuba resepi ikan kembung masak asan seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Ikan Kembung Masak Asam

  • Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng ikan dan untuk menumis)
  • 5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
  • Serbuk kunyit
  • Garam, gula dan serbuk perasa (mengikut citarasa)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang atau diketuk)
  • 2 biji bawang besar (sebiji dihiris dan sebiji lagi dipotong bulat)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 8 tangkai cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 mangkuk air asam jawa

Cara Memasak Resepi Ikan Kembung Masak Asam

  1. Perapkan ikan kembung bersama sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Apabila minyak sudah panas, gorengkan ikan sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
  3. Kemudian, dengan anggaran 1 senduk kecil minyak goreng ikan tadi, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan dan naik aroma.
  4. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan sedikit gula, garam dan serbuk perasa sehingga rasa cukup dan seimbang.
  5. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Apabila rasa semua sudah cukup, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi bersama bawang besar yang dipotong bulat dan hirisan cili padi.
  7. Bolehlah hidangkan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba

Tips berguna:

  • Jika inginkan warna kuah yang sedikit kekuningan, gunakan minyak yang sama kita guna untuk gorengkan ikan.
  • Untuk menaikkan lagi warna kuah kita, boleh tambahkan timun yang dipotong seperti acar dan juga biji sawi.
  • Jika inginkan kuah yang lebih masam, selain lebihkan asam jawa, anda juga boleh tambahkan sedikit cuka. Ia mampu membangkitkan lagi rasa kuah anda

Selamat mencuba

Resepi Asam Pedas Lain

Asam Pedas Ikan TenggiriAsam Pedas Ikan Jenahak
Asam Pedas AyamAsam Pedas Ikan Siakap
Adam Pedas Ikan PatinAdam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − three =