Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Yang Sedap

resepi asam pedas ikan tenggiri

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan Asam Pedas Ikan Tenggiri yang anda boleh lakukan di rumah.

Pengenalan Asam Pedas Ikan Tenggiri

Resepi Asam Pedas merupakan masakkan tradisional masyarakat Melayu. Rasanya yang masam-masam kepedasan semestinya mampu memikat hati ramai orang. Resipi Asam Pedas boleh divariasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa masing masing.

Ada yang gemar Asam Pedas Ayam, Asam Pedas Ikan Kembung dan lain lain. Hari ini kita akan belajar cara untuk memasak resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan masakan Asam Pedas Ikan Tenggiri

1. 3 keping ikan tenggiri
2. 4 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 1 inci kunyit
6. Cili kering
7. 4 batang bendi
8. Air secukupnya
9. Garam (secukup rasa)
10. Sedikit lada hitam
11. Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan Asam Pedas Ikan Tenggiri

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia sehingga hancur.
  2. Kemudian kisar pula cili kering hingga lumat
  3. Tumis bahan kisaran bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan pula kisaran cili kering, kacau hingga sebati dan pecah minyak.
  5. Tambahkan air mengikut kepekatan yang kita suka.
  6. Bila air sudah mendidih, masukkan bendi, dan ikan.
  7. Letak garam secukup rasa.
  8. Apabila semuanya sudah menggelegak dan sebati, tutup api dan menu siap untuk dihidangkan!

Tips

Boleh juga gantikan bendi dengan tomato atau sawi jeruk. Selain itu, menu Asam Pedas ini sedap dimakan dengan telur dadar!

Resepi Asam Pedas Lain

Asam Pedas Ikan TenggiriAsam Pedas Ikan Jenahak
Asam Pedas AyamAsam Pedas Ikan Siakap
Adam Pedas Ikan PatinAdam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kari

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6 + sixteen =