Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Asam Pedas Ikan Patin yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan Asam Pedas Ikan Patin yang anda boleh lakukan di rumah.
Pengenalan
Siapa disini gemar makan Ikan Patin Masak Tempoyak? Pasti ramai bukan? Jeng, jeng jeng… harini ikan akan memperkenalkan resepi yang menggunkan Ikan Patin sebagai bahan utama. Resepi yang saya ingin kongsi hari ini adalah resepi Asam Pedas Ikan Patin!
Pasti ramai yang agak janggal dengan resepi Asam Pedas Ikan Patin, manakan tidak, Ikan Patin selama ini hanya terkenal dengan Masak Tempoyak, tetapi harini jangan risau saya akan kenal kan dengan lauk kegemaran saya.
Masak Asam Pedas ini tidak susah sebenarnya. Sila baca hingga habis untuk tahu cara-cara untuk masak Asam Pedas Ikan Patin:
Masa untuk memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 3-5 orang
Bahan Resepi Asam Pedas Ikan Patin
• 2 ekor ikan Patin bersaiz sederhana
• 3 ulas bawang putih
• 3 batang serai dititik sahaja
• satu gengam daun kesum
• dua batang ( saiz kecil ) bunga kantan
• 10 biji bendi muda buang tangkai saiz kecil
• Satu sudu teh serbuk lada hitam
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup
• 2 biji tomato
• 1/2 cawan cili kering ( kalau nak kuah pekat, kalau nak kuah cair, kurangkan cili bend)
• minyak masak untuk menumis
• 2 sudu makan pes asam jawa Abadi / 3 keping asam keping
• Garam dan Gula sebagai perasa
• 3 ke 4 cawan air
Cara Penyediaan Resepi Asam Pedas Ikan Patin
- Cuci ikan sehingga bersih (pastikan hilang segala lendir dan hanyir ikan. Ikan patin agak berlendir berbanding ikan lain)
- Kisar hancur bawang merah, bawang putih, halia, kunyit. Titik serai.
- Hiriskan satu biji bawang merah saiz sederhana.
- Masukkan minyak dan tumis hirisan bawang sehingga naik bau
- Kemudian,masukkan bahan yang ditumbuk dan serai dalam kuali. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam.
- Masukkan pula cili kering yang telah dikisar, kemudian kacau perlahan. Biarkan sehingga mendidih sehingga terbit minyak. Sila astikan api perlahan supaya semua bahan masak sekata.
- Masukkan garam atau gula secukup rasa.
- Bila dah terbit minyak, masukkan ikan. Biarkan sekejap agar bahan yang dikisar tadi sebati dengan ikan dulu.
- Masukkan 3 cawan air.Kalau nak kuah lebih, boleh tambah.
- Selepas kuah asam pedas mendidih, boleh masukkan bendi, bunga kantan, tomato dan daun kesom.
- Biarkan sehingga bendi lembut, kemudian sedia untuk dihidang
Tips
- Ikan Patin agak leceh untuk dibersihkan, seeloknya dibasuh dengan lemon/limau nipis untuk hilangkan lendir.
- Selain hilangkan lendir, basuh guna lemon/limau nipis juga boleh hilangkan bau hanyir ikan.
Resepi Asam Pedas Lain
Asam Pedas Ikan Tenggiri | Asam Pedas Ikan Jenahak |
Asam Pedas Ayam | Asam Pedas Ikan Siakap |
Adam Pedas Ikan Patin | Adam Pedas Ikan Kembung |
Asam Pedas Ikan Kari |