resepi akok

Resepi Akok Kedut Berlemak Guna Oven Atau Muffin Maker

Bagaimanakah cara untuk membuat akok kedut yang sedap dan berlemak? Kuih akok merupakan sejenis kuih yang berasal daripada negeri pantai timur. Rasa manis dan berlemak kuih akok menyebabkan ramai orang menggemari kuih ini. Kuih akok juga amat mudah didapati di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pengenalan

Akok mempunyai tekstur berkedut dan disebabkan itulah ia dikenali oleh orang ramai dengan panggilan ‘akok kedut’. Pembuatan kuih akok yang menggunakan santan memberikan rasa lemak kepada kuih ini. Selain itu, penggunaan gula melaka dalam kuih akok juga memberikan rasa dan aroma yang menarik serta menyelerakan. Cara-cara untuk membuat akok amat mudah. Anda juga boleh melakukannya di rumah dengan menggunakan acuan muffin tray dan dibakar menggunakan oven. Selain itu juga, jika anda mempunyai muffin maker, anda juga boleh memasak akok dengan mudah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Akok Kedut

  • 1 cawan telur
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • 3 helai daun pandan
  • 1 cawan gula melaka
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Akok Kedut

  1. Panaskan oven selama dengan suhu 200’C. Kemudian masukkan muffin tray yang telah digris dengan minyak masak. Kita panaskan dahulu muffin tray tersebut.
  2. Mula-mula, kita buat dahulu air gula melaka. Campurkan gula melaka, air dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan gula menjadi hancur. Tutup api, keluarkan daun pandan dan kemudian biarkan ia sejukkan sebentar.
  3. Campurkan air gula melaka, santan, tepung gandum, telur dan secubit garam. Kemudian blend kesemua bahan-bahan tersebut hingga kembang. Kemudian tapiskan. Adunan memang akan sedikit cair.
  4. Keluarkan muffin tray yang telah dipanaskan dalam oven. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180’C selama 15-20min sehingga masak. Gunakan api atas dan bawah. Semasa bakar, kuih akok akan mengembang dan mengelembung. Tidak perlu panik kerana apabila masak ia akan mengecut  dan berkedut.
  5. Untuk yang menggunakan muffin maker, pastikan anda mengris dahulu dengan minyak dan kemudian masak seperti biasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + fourteen =