resepi kerabu ulam

Resepi Kerabu Ulam ala Kampung Yang Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kerabu ulam ala kampung menyelerakan? Kerabu ulam ini tidak mempunyai spesifik ulam yang perlu digunakan untuk penyediaannya.

Pelbagai jenis ulaman yang boleh digunakan yang mudah untuk didapati atau apa sahaja ulaman yang ada di rumah anda. Kerabu ulam ini sangat enak kalau dimakan bersama dengan nasi putih panas dan ikan goreng.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan kerabu ulam ala kampung yang menyelerakan.

Pengenalan

Kerabu ulam ini sangat popular dalam menu hidangan masyarakat Melayu terutama sekali yang tinggal di kampung kerana ulam sangat mudah ditanam dan didapati di samping rasanya yang sangat menyelerakan.

Kerabu ulam ini boleh menggunakan pelbagai jenis ulaman bergantung kepada anda. Antara ulaman yang biasa digunakan dalam kerabu ulam ini adalah daun pegaga, daun selasih, daun selom, tauge, kacang botor, kacang panjang, kobis, ulam raja, salad, jantung pisang, timun dan lain-lain.

Kerabu ulam ini sangat sedap kalau dimakan bersama nasi putih panas dan ikan goreng. Bertambah nasi kalau ada kerabu ulam ini. Mari kita cuba resepi kerabu ulam seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Ulam ala Kampung

Bahan-bahan hirisan ulaman

  • 1 ikat daun pegaga yang telah dihiris
  • 1 ikat daun selom yang telah dihiris
  • Semangkuk tauge yang telah dicuci bersih
  • 2 tangkai daun selasih yang telah dihiris
  • 5 batang kacang botor yang telah dihiris
  • 1 batang timun yang telah dihiris
  • 1 biji cili besar merah yang telah dihiris
  • 1 biji bawang besar yang telah dihiris

Bahan-bahan tambahan

  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • Semangkuk udang kering yang telah dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak
  • Sambal belacan (1/2 inci belacan ditumbuk bersama 5 tangkai cili api merah)-bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji air perahan limau nipis

Cara Penyediaan Kerabu Ulam

  1. Mula-mula, masukkan kelapa parut, udang kering, sambal belacan, garam dan gula ke dalam pengisar. Kisar supaya bahan-bahan sebati.
  2. Di dalam mangkuk yang besar, masukkan bahan-bahan hirisan ulaman tadi bersama bahan kisar. Gaul sebati agar ramuan menjadi sekata. Kemudian, masukkan air perahan limau nipis. Dan gaulkan lagi sekali supaya sekata.
  3. Setelah itu, anda boleh cuba rasa kerabu ulam untuk sebarang ubah suai rasa dari segi masam, masin, manis dan pedas bergantung kepada citara anda.
  4. Jika semua rasa sudah lengkap, maka bolehlah hidangkan kerabu ulam ala kampung bersama nasi putih.

Tips berguna

  • Bagi anda yang berada di bandar dan susah untuk mendapatkan ulaman segar ini, anda boleh dapatkan di pasar pagi berhampiran tempat tinggal anda. Di pasar sangat mudah untuk mendapatkan ulaman segar pelbagai jenis

Resepi Kerabu yang Lain

Kerabu UlamKerabu Udang
Kerabu SotongKerabu Timun
Kerabu DagingKerabu Mangga
Kerabu Pucuk PakuKerabu Maggi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 3 =