Resepi Kerabu Sotong

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Sedap dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kerabu sotong ala thai yang sedap dan mudah? Selalunya kalau teringin nak makan kerabu sotong ala thai ini mesti kita akan pergi ke restoran siam berdekatan dengan rumah, bukan?

Selepas ini, kita boleh sediakan sendiri kerabu sotong ini di rumah. Cara penyediaan kerabu sotong ini sangat mudah tapi amat menyelerakan dengan rasanya lengkap dengan masam masin dan manis. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kerabu sotong thai style yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Pengenalan

Kerabu sotong ini sangat popular di Thailand dan selalunya kita rakyat Malaysia kebiasaannya akan menjamu kerabu sotong ini apabila berkunjung ke restoran siam.

Sebenarnya, kerabu sotong ini sangat mudah untuk dihasilkan. Oleh itu, anda boleh mencuba untuk menghasilkan kerabu sotong ini di rumah dan boleh disajikan bersama nasi putih mahupun diratah begitu sahaja. Tengok gambar kerabu sotong sahaja sudah membuatkan kita kecur liur apatah lagi apabila sudah siap dihidangkan di atas meja.

Kerabu sotong ini sudah lengkap dengan khasiat protein dan sayur-sayuran. Oleh itu, pengamal makan diet sering menjadikan kerabu sotong ini sebagai salah satu menu sihat mereka. Mari kita cuba resepi kerabu sotong seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 3 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Sotong Thai Style

  • Semangkuk atau 1/2 kg sotong yang telah dibersihkan, dipotong dan direbus
  • 1 biji limau nipis (jikalau sukakan masam, boleh lebihkan. Terpulang pada citarasa anda)
  • 1 biji tomato yang telah dipotong halus (potong kepada anggaran 8 bahagian)
  • Sedikit daun ketumbar yang telah dihiris
  • 1-2 biji bawang besar yang telah dihiris
  • 6-10 tangkai cili padi yang telah dihiris ataupun ditumbuk kasar (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • 2-3 batang kacang panjang yang telah dihiris
  • 1 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar gula pasir

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Sotong

  1. Mula-mula, bersihkan sotong lalu dipotong bulat-bulat-bulat sama seperti masakan sotong goreng kunyit.
  2. Panaskan air sehingga mendidih.
  3. Kemudian, celurkan sotong ke dalam air yang telah mendidih selama 5 minit agar sotong masih separuh masak dan masih lembut. Jangan terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi terlebih keras dan liat. Angkat dan toskan.
  4. Kemudian, sediakan mangkuk besar untuk satukan semua bahan-bahan tadi.
  5. Masukkan sotong yang telah ditos kering, tomato yang telah dipotong halus, bawang besar yang telah dihiris, cili padi yang telah dihiris atau ditumbuk, kacang panjang yang telah dihiris, daun ketumbar yang telah dihiris dan bawang putih yang telah dicincang halus.
  6. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga sebati dan sekata.
  7. Seterusnya, masukkan pula gula pasir, air perahan limau nipis dan kicap sotong. Kacau supaya bahan-bahan sebati dan sekata. Anda boleh rasa terlebih dahulu dan baiki rasa masam, masin dan manis ikut citarasa anda.
  8. Apabila semua rasa sudah seimbang, bolehlah hidangkan kerabu sotong thai style kita bersama nasi putih ataupun diratah begitu sahaja.
  9. Mudah bukan? Selamat mencuba resepi ini.

Tips Berguna

  • Untuk mengelakkan sotong menjadi terlalu keras dan liat, celur sotong jangan terlalu lama. Hanya celur sekadar separuh masak agar sotong kekal lembut. Anda boleh tambahkan tauge dan juga lobak merah untuk lebih sayuran dalam kerabu sotong anda dan rasa yang lebih rangup dan enak.

Resepi Kerabu yang Lain

Kerabu UlamKerabu Udang
Kerabu SotongKerabu Timun
Kerabu DagingKerabu Mangga
Kerabu Pucuk PakuKerabu Maggi

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Sotong Masak HitamResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 3 =