resepi ketupat sotong kelantan

Resepi Ketupat Sotong Kelantan Lemak Manis

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi ketupat sotong Kelantan yang sedap? Ketupat sotong merupakan salah satu hidangan tradisi di negeri pantai timur. Hidangan ini merupakan hidangan pemanis mulut yang sesuai dimakan sewaktu santai dan minum petang. Terdapat dua jenis ketupat sotong iaitu ketupat sotong Terengganu dan ketupat sotong Kelantan.

Pengenalan

Ketupat sotong merupakan menu istimewa yang berasal dari negeri pantai timur. Menu ini menggunakan sotong yang disumbat dengan pulut dan dimasak dalam kuah santan yang manis berlemak. Hidangan ini boleh dinikmati begitu sahaja atau boleh juga dimakan dengan nasi putih. Cara membuatnya adalah mudah dan bahan-bahannya juga tidak banyak. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah sebagai hidangan untuk seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Ketupat Sotong Kelantan

  • 6 ekor sotong saiz besar
  • 1 cawan beras pulut wangi
  • 5 cawan santan pekat
  • 2 sudu halba
  • 4 ketul gula nisan
  • 2 inci halia
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • batang lidi secukupnya
  • air secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Ketupat Sotong Kelantan

  1. Basuh beras pulut, rendamkan bersama 1 cawan santan, sedikit air dan secubit garam. Biarkan beras terendam selama 30 minit. Selepas itu, toskan beras.
  2. Bersihkan sotong, buangkan selaput kulit hitam di badan sotong. Tanggalkan kepala sotong daripada badannya.
  3. Selepas itu, isikan badan sotong dengan beras pulut yang telah direndam tadi. Tidak perlu isi terlalu padat supaya badan sotong tidak pecah semasa memasak nanti. Setelah isi beras pulut dalam badan sotong, masukkan semula kepala sotong dan sematkan lidi dengan kemas pada badan sotong.
  4. Setelah itu, masukkan sotong-sotong yang telah disumbat dengan beras pulut ke dalam periuk. Kemudian masukkan 4 cawan santan, 2 cawan air, gula nissan, 2 sudu kecil garam, halba, halia dan daun pandan ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan seketika sebelum membuka api dapur.
  5. Buka api dapur sederhana kecil, tutup periuk dan biarkan ia masak selama 20-30 minit atau sehingga pulut masak.

Tips Masakan:

  • Boleh tambahkan sedikit tepung jagung jika mahu kuah lebih likat dan pekat.
  • Boleh lebihkan gula nissan jika mahu lebih manis.
  • Sementara tunggu masak, boleh kacau-kacau sedikit kuahnya dan tutup kembali periuk.
  • Sematkan 2 lidi pada kepala sotong untuk lebih kemas dan supaya isi pulut tidak terkeluar.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Sotong Masak Hitam
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 1 =