resepi sotong goreng tepung

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi sotong goreng tepung yang rangup? Menu sotong goreng tepung merupakan menu yang menjadi kesukaan ramai. Menu ini juga sering dijual di restoran masakan melayu dan Thailand. Kerangupan sotong goreng tepung menjadikan ia diminati ramai orang. Hidangan ini juga sesuai dibuat sebagai lauk makan tengahari atau dibuat sebagai kudapan semasa santai.

Pengenalan

Krup krap krup krap. Keenakan dan kerangupan sotong goreng tepung memang sukar untuk digambarkan. Kaedah memasak sotong goreng tepung ini sangat penting supaya celupan tepung tidak lari semasa menggoreng. Begitu juga kerangupannya yang sangat memerlukan cara memasak yang betul. Jadi pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara memasak sotong goreng tepung yang tidak tertanggal celupan tepungnya, tak meletop semasa menggoreng dan penuh dengan kerangupan. Jom kita cuba!

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sotong Goreng Tepung

  • 300 gram sotong
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung bestari pedas
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak Resepi Sotong Goreng Tepung

  1. Bersihkan sotong, potong ikut saiz kegemaran (3-4 cm) dan toskan.
  2. Pukul telur, kemudian masukkan sotong, lada sulah dan bawang putih, gaulkan. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung ubi kayu, tepung jagung dan tepung bestari pedas. Gaul kesemuanya.
  4. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak)
  5. Setelah minyak sudah panas, masukkan sotong sedikit demi sedikit dalam campuran tepung tadi, gaulkan sehingga tepung menyaluti sotong dan kemudian goreng dengan api sederhana.

Tips Masakan:

  • Pastikan guna api sederhana ketika menggoreng sotong.
  • Minyak menggoreng perlu banyak, guna kaedah deep fry.
  • Masukan sotong sedikit demi sedikit dalam campuran tepung dan gaulkan dan golekkan hingga tepung menyaluti sotong. Jangan masukkan semua sotong sekaligus dalam campuran tepung.
  • Jika dibuat sebagai kudapan, gunakan pencicah sos cili thai.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Masak Hitam
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + thirteen =