resepi sotong masak hitam

Resepi Sotong Masak Hitam Jom Cuba

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi sotong masak hitam yang sedap? Menu sotong masak hitam merupakan menu yang jarang dijumpai. Masakan ini tidak selalu menjadi pilihan ramai kerana ia bergantung kepada selera dan minat seseorang. Ada yang menggemari masakan ini kerana rasanya yang unik dan istimewa. Mungkin ada yang kurang menggemarinya kerana masakan ini mempunyai rasa dakwat sotong.

Pengenalan

Sotong masak hitam merupakan menu yang istimewa terutama di negeri Johor. Masakan ini selalu dijadikan sebagai lauk yang dimakan bersama nasi putih semasa makan tengahari atau makan malam. Selain itu, ia juga sesuai untuk dihidangkan untuk semua golongan termasuk kanak-kanak kerana ia kurang pedas.

Warna hitam dalam masakan ini adalah berasal daripada dakwat sotong yang dicampur sekali semasa menggoreng sotong. Rasa dakwat ini amat istimewa. Ia mungkin terasa sedikit hanyir namun rasa hanyir ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan kuantiti ketulan dakwat sotong yang digunakan dan dengan menambah sedikit pes asam jawa dalam masakan.

Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang resepi sotong masak hitam yang special dan sedap ini. Mari kita cuba memasaknya di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sotong Masak Hitam

  • 500 gram sotong (simpan sedikit dakwatnya dalam 3-4 kantung)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 ini halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 batang cili padi dibelah tengah
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara-Cara Memasak Resepi Sotong Masak Hitam

  1. Bersihkan sotong. Potong sotong kepada beberapa bahagian jika sotong bersaiz besar. Jika sotong bersaiz kecil, tidak perlu potong pun tidak mengapa. Asingkan atau biarkan dalam 3 ekor sotong bersama dengan dakwatnya. Warna dakwat ini yang akan menjadikan masakan sotong berwarna hitam.
  2. Selepas itu, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, serai, cili padi dan daun limau purut sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Kemudian, masukkan sotong bersama dengan dakwat. Gaul rata. Kemudian, masukkan serbuk kunyit. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air. Air ini tidak perlu banyak. Agak-agak untuk sedikit berkuah sahaja. Kemudian masukkan pes asam jawa. Gaulkan kesemuanya.
  5. Selepas sotong sudah masak, masukkan gula dan garam secukupnya. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Boleh laraskan kuantiti dakwat sotong mengikut selera dan kegemaran masing-masing.
  • Jika suka, boleh perahkan sedikit limau nipis setelah sotong sudah masak.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × five =