resepi sambal sotong

Resepi Sambal Sotong Senang Tapi Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi sambal sotong yang sedap? Sambal sotong merupakan masakan pedas yang diminati ramai. Selain dimakan bersama dengan nasi lemak, sambal sotong juga boleh dimakan bersama nasi putih. Sambal sotong juga boleh digandingkan dengan hidangan sayur masak lemak. Ini sudah tentu membuatkan anda menambah nasi berkali-kali.

Pengenalan

Sambal sotong merupakan sejenis masakan pedas yang boleh dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Kepedasan sambal sotong boleh dikurangkan atau ditambah melalui pemilihan jenis cabai kering yang digunakan. Sambal sotong juga amat lazat jika dimakan bersama nasi lemak. Ada juga yang menikmatinya bersama masak lodeh. Mari kita pelajari cara-cara memasak resepi sambal sotong ini untuk hidangan seisi keluarga di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sambal Sotong

  • 500g sotong
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 senduk besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 inci gula melaka
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Sambal Sotong

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis hirisan bawang besar sehingga layu.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus.
  3. Masukkan pula cili kering kisar, gaulkan dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sotong, pes asam jawa dan gula melaka yang dihancurkan , gaul rata.
  5. Apabila sotong sudah masak, masukkan pula garam.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Tips masakan:

  • Toskan sotong yang telah dipotong untuk mengelakkan lebihan air masuk ke dalam sambal dan menyebabkan sambal terlebih berair.
  • Jangan masak sotong terlalu lama atau dengan api yang kuat. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi kecut.
  • Boleh juga menggunakan sotong kembang supaya tak mudah kecut.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sotong Masak Hitam
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + nine =