resepi kek buah

Resepi Kek Buah Kukus Moist Lembut

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek buah yang sedap? Kek buah merupakan makanan pemanis mulut yang punyai ramai peminat. Kek buah selalunya dijadikan kudapan semasa minum petang dan dihidangkan bersama air teh atau kopi. Selain itu, kek buah juga sering dijadikan sebagai hadiah buah tangan atau hantaran untuk hari perkahwinan.

Pengenalan

Kek buah merupakan hidangan kek yang mengandungi buah-buahan campuran dalam butiran kecil (mixed fruit assorted for cake). Kek buah juga menjadi kegemaran ramai kerana ia mempunyai rasa masam dan manis. Keistimewaan rasa kek buah berbanding kek yang lain adalah dengan kehadiran aroma serbuk pala dan penggunaan butter dalam masakan. Tekstur kek buah yang lembab atau moist menjadikan ia bertambah lazat dan tidak bosan untuk dijadikan kudapan.

Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda berkenaan dengan resepi kek buah yang enak dengan cara masakan menggunakan kaedah kukusan. Anda boleh mencuba resepi yang mudah ini di rumah untuk hidangan seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Buah

  • 250g butter unsalted (pure butter-high quality)
  • 3 biji telur gred A
  • 250g gula perang
  • 150ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 300gm tepung kek*
  • 1 sudu teh soda bicarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala/nutmeg*
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar jus lemon sunquick
  • 1 sudu besar jus orange sunquick

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kek Buah

  1. Sapukan butter pada dasar loyang (7×7). Kemudian alaskan dengan kertas baking. Sapukan butter kelilingnya. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Kacau perlahan-lahan.
  3. Kemudian, masukkan butter sehingga cair dan kemudian masukkan buah-buahan campuran. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
  4. Dalam bekas lain, ayak bahan-bahan yang bertanda *. Selepas itu, campurkan ke dalam adunan buah-buahan campuran tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Kemudian, masukkan garam, jus lemon dan jus orange ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati dan Ketepikan.
  5. Dengan menggunakan bekas lain, pukul telur dan esen vanila sehingga kembang. Selepas itu, masukkan ia ke dalam adunan kek tadi perlahan-lahan. Gaul sebati kesemuanya.
  6. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas baking tadi. Tutup permukaan loyang dengan menggunakan aluminium foil. Kukus kek selama 2 jam atau sehingga masak.
  7. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu kemudian barulah potong.

Tips Masakan:

  • Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong. Sebaiknya biarkan kek semalaman supaya kek dan buah tidak hancur dan lebih moist apabila dipotong.
  • Gunakan butter yang berkualiti untuk rasa kek yang lebih sedap. Contohnya brand Anchor.
  • Boleh juga tambahkan setengah cawan badam flakes jika suka.
  • Gunakan lidi untuk menentukan sama ada kek sudah sepenuhnya masak atau tidak. Jika masih melekat adunan pada lidi yang dicucuk di tengah kek, bermakna kek masih belum masak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + seven =