Resepi Kek Oren Istimewa

resepi kek oren

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek oren yang sedap dan istimewa? Kek oren adalah antara kek yang sentiasa menjadi pilihan bagi sesetengah orang untuk dijadikan hidangan sampingan di hari-hari perayaan. Kek oren juga boleh dinikmati bersama dengan minuman air teh panas. Dengan aroma dan perisa oren, kek oren sering menjadi pilihan disamping kek-kek lain terutamanya bagi mereka yang menginginkan kelaianan dalam menu hidangan pemanis mulut.

Pengenalan

Kek oren yang original dan sedap tidaklah menggunakan perisa esen oren semata-mata. Namun, untuk menghasilkan kek oren yang sedap, jus buah oren dan parutan kulitnya diambil untuk dimasukkan di dalam adunan kek. Selain itu, penggunaan butter dalam pembuatan kek oren juga menambahkan lagi aroma kek yang wangi dan menyelerakan. Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda berkenaan resepi kek oren yang istimewa ini. Anda boleh mencuba memasaknya di rumah. Semoga berjaya!

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Oren

  • 2 cawan butter (brand Tatura atau Anchor- unsalted)
  • 2 cawan gula halus
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji oren sunkist -diperah airnya dan kulitnya di sagat/parut halus
  • 2 sudu besar jus kordial sunquick (optional)
  • Secubit garam

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Kek Oren

  1. Mula-mula, ayak tepung gandum dan baking powder bersama dan ketepikan.
  2. Masukkan butter yang telah dilembutkan dan gula ke dalam bekas serta pukul sehingga kembang.
  3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil putar.
  4. Setelah itu, masukkan esen vanilla, jus oren dan jus sunquick ke dalam adunan serta teruskan pukul adunan.
  5. Kemudian, masukkan pula parutan kulit oren dan garam ke dalam adunan dan pukul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper (Loyang 10 × 10).
  8. Masukkan kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C. Bakar kek selama 45 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.

Tips Berguna:

  • Untuk memeriksa kek sama ada sudah masak atau belum, gunakan lidi dan cucuk di tengah-tengah kek. Jika tiada adunan yang melekat, maka kek telah pun masak.

Selamat mencuba

Resepi Kek Yang Lain

Kek MarbleKek Red Velvet
Kek ButterKek Pisang
Kek BatikKek Coklat Moist
Kek CarrotKek Oren
Kek Pandan

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × 5 =