Resepi Kek Marble

Resepi Kek Marble yang Enak dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kek marble yang enak dan mudah untuk disediakan? Kek marble merupakan sejenis kek tradisional yang sangat sedap dan sesuai dimakan untuk minum petang malahan untuk dijamukan kepada tetamu. Bertambah menyelerakan lagi apabila digabungkan dengan minum kopi panas-panas.

Akhir-akhir ini juga semakin popular kek marble jelita. Begitu cantik kejadian kek marble jelita. Ia hampir sama resepinya dengan resepi kek marble ini, hanya perlu pelbagaikan adunan berwarna dan memerlukan kreativiti untuk menghias kek tersebut. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kek marble yang enak dan mudah.

Pengenalan

Kek marble sangat sedap dan menjadi kegemaran semua lapisan umur. Malahan, cara untuk menghasilkan kek marble ini juga sangat mudah dan menggunakan bahan yang asas. Kek marble ini mempunyai hiasan pada atas kek tersebut yang berbentuk corak seperti marmar. Kek ini bukan sahaja sedap malahan cantik untuk dipandang dan memikat hati penggemarnya. Mari kita cuba resepi kek marble yang enak dan mudah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Marble

  • 3 biji telur
  • 1 cawan majerin ataupun mentega
  • 3/4 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)
  • 2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tidak perlu guna serbuk penaik)
  • 1 sudu makan serbuk penaik
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara- Cara memasak Resepi Kek Marble

  1. Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama serbuk penaik.
  2. Pukul majerin atau mentega dan gula sampai kembang dan sehingga berwarna keputihan.
  3. Dengan mode mixer yang perlahan, masukkan telur satu persatu.
  4. Sambung pukul adunan sehingga kembang.
  5. Kemudian, masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacaukan sehingga sebati. 
  6. Selepas itu, masukkan bahan ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Gunakan kaedah kaup balik sehingga sebati. 
  7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian tidak perlu ditambahkan apa-apa. Satu bahagian lagi tambahkan serbuk koko sehingga adunan berubah warna kehitaman.
  8. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin ataupun minyak masak.
  9. Cara tuang adunan adalah dengan tuang secara selang seli dua bahagian adunan tersebut sehingga habis iaitu tuangkan terlebih dahulu adunan biasa, kemudian tuangkan adunan bahagian kedua yang telah dicampur dengan serbuk koko di bahagian tengah adunan biasa tadi. Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis. Setelah itu, corakkan adunan menggunakan lidi. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 160C.
  10. Bakar adunan kek pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga kek masak.
  11. Apabila kek sudah masak, bolehlah hidangkan.

Selamat mencuba.

Resepi Kek Yang Lain

Kek MarbleKek Red Velvet
Kek ButterKek Pisang
Kek BatikKek Coklat Moist
Kek CarrotKek Oren
Kek Pandan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × five =