resepi kek carrot

Resepi Kek Carrot (Carrot Cake) Yang Lazat

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek carrot atau kek lobak merah yang lazat? Kek carrot merupakan kek yang mengandungi lobak merah sebagai bahan utama. Kek carrot boleh dijadikan sebagai santapan minum petang atau dijadikan kek untuk pelbagai majlis keraian. Selain boleh dihidangkan begitu sahaja, kek carrot juga boleh dihidangkan bersama dengan cream cheese sebagai hiasan. Gabungan cream cheese dan kek carrot juga amatlah sedap dan menambahkan lagi kelazatan kek carrot tersebut.

Pengenalan

Kek carrot mempunyai warna dan tekstur seakan-akan kek pisang. Namun, kek carrot tidak mempunyai rasa yang kuat seperti kek pisang yang kaya dengan rasa pisang. Kek carrot selalunya digandingkan dengan campuran kacang pecan atau walnut serta sedikit rasa kayu manis. Kesemua campuran ini memberikan rasa kek carrot bertambah lazat dan istimewa berbanding kek-kek lain.

Bahan-bahan untuk membuat kek carrot tidaklah banyak dan cara membuatnya juga tidak rumit. Anda juga boleh menyediakan kek carrot ini di rumah. Tambahan pula jika anda mempunyai lebihan lobak merah yang hampir luput di dalam peti sejuk anda. Untuk mengelakkan pembaziran, maka, lobak merah yang berlebihan tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan kek carrot yang lazat. Oleh itu, pada kali ini, penulis akan kongsikan dengan anda berkenaan resepi kek carrot yang mudah untuk disediakan dan pasti menyelerakan.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Carrot

  • 2 1/2 cawan lobak merah yang diparut (lebih kurang 3 batang)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 4 biji telur
  • 1 cawan kacang pecan atau kacang walnut yang dihiris kecil-kecil
  • 1 cawan minyak masak (atau boleh gantikan dengan 250 gram butter)
  • 1 1/2 cawan gula pasir atau gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Cara-Cara Menyediakan Resepi Kek Carrot

  1. Ayak kesemua campuran tepung gandum ,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg dan garam. Ketepikan campuran bahan-bahan ini.
  2. Pukul telur dan gula sehingga sebati. Kemudian, masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan campuran bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan esen vanilla, parutan lobak merah dan hirisan kekacang ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dengan kertas minyak dan bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 40 minit hingga satu jam. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit sebelum memasukkan adunan kek.

Tips Berguna:

  • Boleh periksa kek pada masa 40 minit dengan lidi untuk memastikan sama ada kek sudah masak atau tidak. Kadar kecepatan masak bergantung kepada ketebalan kek.
  • Untuk lebih sedap, anda boleh menyediakan kek carrot bersama cream cheese apabila kek sudah sejuk.

Selamat mencuba

Resepi Kek Yang Lain

Kek MarbleKek Red Velvet
Kek ButterKek Pisang
Kek BatikKek Coklat Moist
Kek CarrotKek Oren
Kek Pandan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =