resepi ketupat sotong terengganu

Resepi Ketupat Sotong Terengganu Enak Berlemak

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi ketupat sotong Terengganu yang sedap? Ketupat sotong merupakan menu hidangan pemanis mulut yang popular di negeri Terangganu dan Kelantan. Walaupun seakan sama, namun terdapat sedikit perbezaan dari segi bahan-bahan dalam masakan bagi ketupat sotong Terengganu dan ketupat sotong Kelantan.

Pengenalan

Ketupat sotong merupakan hidangan yang digemari oleh mereka yang berasal dari negeri-negeri Pantai Timur. Hidangan ini adalah mudah untuk disediakan selain mempunyai rasa yang sedap, berlemak dan masin. Apa yang beza antara ketupat sotong Terengganu dan ketupat sotong Kelantan adalah ketupat sotong Kelantan mempunyai rasa lebih manis. Rasa manis ini adalah kerana resepinya menggunakan lebih gula nissan. Dalam resepi kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat ketupat sotong versi negeri Terengganu. Mari kita pelajari resepi istimewa ini dan mencubanya di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Ketupat Sotong Terengganu

  • 6 ekor sotong saiz besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 5 cawan santan pekat
  • 2 sudu kecil halba
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 inci halia dihiris
  • 1 simpul daun pandan
  • 3 sudu gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • lidi secukupnya
  • sedikit air

Cara-Cara Membuat Resepi Ketupat Sotong Terengganu

  1. Mula-mula, rendamkan beras pulut bersama 1 cawan santan pekat, 1 cawan air dan secubit garam. Rendamkan selama 30 minit. Kemudian toskan.
  2. Selepas itu, bersihkan sotong. Tanggalkan kulit berwarna ungu pada badan sotong. Kosongkan bahagian dalam sotong. Pisahkan badan dan kepala sotong. Jika ada telur boleh masukkan sekali semasa isikan beras pulut nanti.
  3. Kemudian, masukkan beras pulut pulut ke dalam sotong. Jangan isikan terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan sotong menjadi pecah apabila masak nanti. Setelah isi, sematkan kepala sotong untuk menutupi isi beras pulut dengan menggunakan lidi.
  4. Setelah siap isikan beras pulut dalam sotong, susun sotong-sotong dalam periuk. Kemudian, masukkan santan, bawang besar yang dihiris, halia, gula, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan kesemuanya.
  5. Setelah itu, buka api. Pastikan api kecil. Tutup periuk dan masak selama 30 minit atau sehingga pulut masak.

Tips masakan:

  • Boleh gantikan santan pekat dengan 2 santan kotak yang dicampur dengan 4 cawan air. Namun lebih enak jika menggunakan santan segar.
  • Gunakan lidi pencungkil gigi untuk lebih mudah. Untuk elakkan pulut terkeluar, boleh juga sematkan 2 batang lidi di kepada sotong.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Sotong Masak HitamResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 8 =