resepi singgang sotong

Resepi Singgang Sotong Ringkas Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi singgang sotong yang sedap? Singgang sotong merupakan masakan yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Menu ini sesuai dihidangkan panas bersama nasi putih. Ia juga sesuai dihidangkan bersama budu dan telur dadar. Ada juga yang memilih untuk memasak menu ini sewaktu ada ahli keluarga yang tidak sihat atau demam. Kuah singgang juga amat lazat dan boleh dihirup begitu sahaja.

Pengenalan

Terdapat pelbagai jenis masakan singgang seperti singgang daging, singgang ikan, singgang ayam dan singgag sotong. Masakan singgang adalah masakan yang mudah untuk disediakan kerana ia tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak. Selain itu, ia juga seakan-akan sup kerana kuahnya boleh dihirup begitu sahaja ketika panas. Hidangan ini juga sesuai dinikmati oleh golongan kanak-kanak kerana ia kurang pedas. Namun, boleh juga meningkatkan kepedasan singgang dengan menambah cili padi dalam masakan ini.

Mari kita pelajari cara-cara untuk memasak singgang sotong yang sedap ini buat santapan seisi keluarga di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Singgang Sotong

  • 500 gram sotong putih
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris/diketuk)
  • 2 helai daun limau purut (optional)
  • 2 keping asam keping
  • 3 tangkai cili padi (optional)-diketuk
  • garam secukupnya
  • air secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Singgang Sotong

  1. Bersihkan sotong, buangkan sekali dakwatnya dan juga selaput kulit gelap di badannya. Jika tidak buang selaput pun tak mengapa. Potongkan kepada beberapa bahagian.
  2. Panaskan air dalam periuk (Kuantiti air adalah anggaran boleh tenggelamkan sotong). Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan asam keping. Panaskan sehingga air mendidih.
  3. Kemudian, masukkan sotong. Perlahankan sedikit api. Biarkan sehingga sotong masak.
  4. Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi dan garam secukupnya. Kacau perlahan-lahan seketika dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Jangan biarkan sotong masak terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi terlalu kecut.
  • Jika menggunakan sotong saiz kecil, tidak perlu potong kepada beberapa bahagian.
  • Boleh juga tambahkan tomato untuk rasa lebih masam.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Sotong Masak HitamResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong Sumbat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =