resepi nasi hujan panas

Resepi Nasi Hujan Panas Seindah Pelangi

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi nasi hujan panas yang sedap? Nasi hujan panas merupakan nasi yang selalunya dihidangkan semasa majlis perkahwinan atau kenduri. Nasi ini sebenarnya sama dengan nasi minyak, cuma ia diwarnakan dengan campuran warna merah, kuning dan hijau. Seperti nasi minyak juga, nasi hujan panas boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam masak kurma, dalca, kari daging, kuzi kambing dan sebagainya.

Pengenalan

Menu nasi hujan panas merupakan antara jenis nasi yang selalu didapati dalam pelbagai majlis-majlis keramaian. Keunikan nasi hujan panas yang berwarna ini menjadi tarikan ramai terutamanya kanak-kanak. Nasi ini juga mempunyai aroma minyak sapi dan daun pandan yang wangi dan menarik perhatian orang ramai untuk menikmatinya.

Bahan-bahan serta cara-cara untuk membuat nasi hujan panas adalah amat mudah dan cepat. Ia sesuai untuk dimasak di rumah untuk hidangan seisi keluarga. Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang resepi nasi hujan panas yang mudah dan sedap ini.

Saiz hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Nasi Hujan Panas

  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kutum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1/2 cawan susu cair
  • Pewarna makanan merah, hijau dan kuning
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Nasi Hujan Panas

  1. Beras basmathi direndam selama 30 minit dan ditapiskan serta masukkan ke dalam periuk nasi.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tambahkan minyak sapi.
  3. Setelah itu, tumis daun pandan dan rempah 4 sekawan seketika.
  4. Kemudian, masukkan pula bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga bawang menjadi layu dan sedikit garing. Selepas itu, masukkan pula kiub pati ayam dan kacau rata.
  5. Kemudian, tuangkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi beras basmathi. Masukkan air dan susu cair. Gaul rata kesemuanya. Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah masak, letakkan pewarna dengan menggunakan lidi. Biarkan nasi sejuk pada suhu bilik kemudian baru gemburkan nasi. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tips Masakan:

  • Seeloknya rendam dahulu beras basmathi selama 30 minit supaya tekstur nasi menjadi lebih cantik. Boleh juga gunakan beras biasa dan tidak perlu rendam.
  • Elakkan gembur nasi semasa ia masih panas. Tunggu sejuk dahulu baru gembur.
  • Boleh masukkan kismis dan gajus juga jika suka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + fifteen =