resepi pajeri nenas

Resepi Pajeri Nenas Lazat Dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi pajeri nenas yang sedap? Pajeri nenas merupakan sejenis masakan melayu tradisional yang rasanya seakan sama seperti kuah kari. Masakan pajeri amat popular di negeri-negeri sebelah utara tanah air. Selain nenas, pajeri juga boleh dimasak dengan menggunakan terung.

Pengenalan

Pajeri nenas merupakan menu tradisi yang menjadi kegemaran ramai terutama golongan berusia. Menu pajeri nenas selalunya dihidangkan bersama nasi putih, ikan masin dan sambal belacan. Terdapat dua versi pajeri iaitu versi bersantan dan versi tidak bersantan. Dalam resepi yang akan dikongsikan oleh penulis ini, pajeri nenas ini diletakkan sedikit santan supaya ada rasa berlemak dan manis. Namun terpulang kepada anda untuk meletakkannya ataupun tidak. Mari kita cuba resepi masakan istimewa ini di rumah untuk santapan seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Pajeri Nenas

  • 1 biji nenas (dipotong)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit daun kari (optional)
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 sudu udang kering (direndam) *
  • 4 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan santan
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Pajeri Nenas

  1. Kisarkan bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari.
  3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga sedikit garing.
  4. Setelah itu, masukkan rempah kari, gaul rata, masukan air sedikit. Setelah kering masukkan lagi air sedikit. Tumis sehingga rempah pecah minyak dan menjadi sedikit gelap.
  5. Selepas itu, masukkan nenas yang telah dipotong. Dan masukkan air sehingga paras nenas. Kacau rata. Guna api sederhana.
  6. Setelah kuah pajeri mereneh, masukkan gula, santan dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga mereneh.
  7. Tutup api, siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Boleh gunakan gula melaka untuk menggantikan gula putih.
  • Boleh gantikan nenas dengan terung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 5 =