resepi kerabu daging

Resepi Kerabu Daging Simple tapi Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kerabu daging yang simple tapi sedap? Mungkin anda sedang mencari resepi kerabu daging simple tapi sedap untuk dihasilkan. Artikel ini akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kerabu daging yang simple tapi sedap.

Pengenalan

Kerabu daging sudah menjadi tradisi dalam ahli keluarga suami saya pada musim Hari Raya Aidiladha memandangkan banyak daging korban yang kami perolehi pada musim tersebut. Malah, cara penyediaannya juga sangat mudah tapi menyelerakan. Kerabu daging sesuai dimakan bersama nasi putih atau makan begitu sahaja. Di samping kerabu daging sangat mudah untuk dihasilkan, kerabu daging juga merupakan satu hidangan yang sihat dan amat sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet dan sedang mengamalkan pemakanan yang sihat kerana ia tidak menggunakan minyak dan lengkap dengan sayur dan protein.

Oleh itu, kerabu daging boleh disediakan pada bila-bila waktu sahaja memandangkan ia merupakan hidangan yang ringkas dan sedap. Mari kita cuba resepi kerabu daging seperti di bawah.

Masa Memasak: 45 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Daging

Bahan Asas

  • 1/2 kg daging
  • 6 sudu besar air limau kasturi
  • 3 sudu besar sos thai
  • 3 sudu besar sos ikan
  • Garam dan gula (secukup rasa)

Bahan Hirisan

  • 10 tangkai cili padi (jika sukakan pedas, anda boleh lebihkan bilangan cili padi. Begitu juga sebaliknya. Bergantung kepada tahan kepedasan masing-masing)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 2 batang serai
  • Sebiji tomato

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Daging

  1. Mula-mula, bakar terlebih dahulu daging batang pinang yang telah kita cuci bersih di atas periuk leper ataupun periuk ajaib. Tidak perlu dipotong sebelum kita bakar. Apabila daging sudah siap dibakar dan masak sekata, hiris nipis daging yang telah dibakar.
  2. Seterusnya, masukkan kesemua bahan yang telah kita sediakan seperti bahan hirisan, daging yang telah dibakar dan bahan asas ke dalam sebuah mangkuk besar dan gaulkan sekata.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula pasir. Sesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Kerabu daging lebih enak dengan rasanya yang sedikit masam-masam manis.
  4. Kerabu daging kita dah pun siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih mahupun makan begitu sahaja.
  5. Mudah bukan? Selamat mencuba ya.

Tips berguna

  • Jika menggunakan daging selain daging batang pinang, perlu direbus terlebih dahulu dalam pressure cooker sehingga empuk kemudian bakar seketika untuk aroma. Kalau tidak dibakar setelah daging direbus empuk pun boleh. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau gemarkan aroma daging bakar, anda boleh bakar daging yang telah direbus empuk sebentar tadi. Pastikan daging dihiris dengan cara melintang urat agar mudah untuk dimakan.

Resepi Kerabu yang Lain

Kerabu UlamKerabu Udang
Kerabu SotongKerabu Timun
Kerabu DagingKerabu Mangga
Kerabu Pucuk PakuKerabu Maggi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 2 =