Resepi Nasi Goreng Thai yang mudah dan sedap.

resepi nasi goreng thai

Anda mahukan resepi yang ringkas serta enak? Kali ini kami akan kongsikan kepada anda resepi Nasi Goreng Thai yang mudah untuk dicuba. Resepi yang akan kami kongsikan pada kali ini adalah Nasi Goreng Thai.

Pengenalan Nasi Goreng Thai

Hidangan yang berasaskan nasi goreng panas dan mempunyai rasa rempah tomyam dan ditambah dengan udang segar, seringkali menjadi pilihan ketika di kedai makan dan restoran tomyam di Malaysia.

Jadi mari kita cuba buat dengan resepi yang telah kami sediakan di sini.

Masa untuk Memasak : 20 – 25 minit

Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan bahan Masakan Nasi Goreng Thai

Bahan Asas

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2  bawang besar dipotong dadu
  • 2 sudu pes tomyam
  • 1/4 sayur campur (lobak dan sayur kacang yang dipotong halus)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 6-8 tangkai cili padi yang ditumbuk
  • 1 batang serai yang dihiris halus
  • 1 sudu lengkuas, dicincang
  • 2 sudu kicap manis
  • 10-15 ekor udang (ikut kuantiti yang anda perlu)
  • Hirisan ayam
  • Minyak masak

Bahan Hiasan (Tambahan)

  • Daun salad
  • Hirisan timun

Cara Masak Nasi Goreng Thai

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana
  2. Pecahkan telur dan goreng seketika
  3. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan hirisan ayam, kacau hingga sebati
  5. Masukkan udang dan pes tomyam.
  6. Masukkan sayur serta daun limau purut, kacau hingga rata.
  7. Setelah semuanya sebati, masukkan nasi
  8. Kacau sehingga rata, dan masukkan garam
  9. Kacau semula sehingga sebati
  10. Tutup api dan hidangkan

*Sebagai tambahan, anda boleh hias dengan daun salad dan hirisan timun. Semuanya boleh mengikut citarasa anda untuk hidangan nampak lebih menarik.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Selain hirisan ayam, anda juga boleh guna udang dan sotong sebagai ganti. Bergantung kepada selera anda.
  • Elakkan masak bahan bahan tadi dengan menggunakan api besar, supaya bahan masakan tidak hangit di bawah.

Selamat mencuba!

Resepi Nasi Goreng Yang lain

Nasi Goreng PattayaNasi Goreng USA
Nasi Goreng ThaiNasi Goreng Tomyam
Nasi Goreng AyamNasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Daging MerahNasi Goreng Kampung

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × four =