Bagaimanakah cara untuk masak resepi nasi goreng pattaya? Artikel ini akan membincangkan cara ringkas dan mudah untuk anda menghasilkan masakan ini.
Pengenalan
Nasi Goreng Pattaya— masakan yang berasal daripada Thailand ini sememangnya menjadi salah satu menu popular yang memonopoli hati majoriti rakyat Malaysia. Manakan tidak, nasi yang dibungkus cantik dengan telur dan dihiasi hirisan timun dan sos ini sememangnya mampu membuat ramai kecur perut.
Sekiranya anda teringin ini menjamah Nasi Goreng Pattaya tetapi tidak rajin untuk ke kedai, sila baca artikel ini sampai ke penghujung. Kali ini, kami akan berkongsi resepi mudah untuk membuat Nasi Goreng Pattaya!
Masa untuk memasak: 10-15 minit (sekejap bukan?)
Jumlah hidangan: 1 orang
Bahan-bahan masakan Nasi Goreng Pattaya
Bahan Asas
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 2 ulas bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 4-5 batang cili padi
- 1 sudu kecil cili kisar
- 5-10 ekor ikan bilis (bergantung kepada deria rasa tukang masak)
- 3 biji telur
- 1 ketul isi ayam (dada)
- 1 sudu besar minyak masak
- Bahan sebagai hiasan
- Timun
- Sos
Cara penyediaan Nasi Goreng Pattaya
- Tumbuk halus bawang kecil, bawang putih, cili padi dan ikan bilis
- Dada ayam dipotong dadu
- Panaskan minyak selama 3 hingga 5 minit, dan tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. Tumis sehingga naik bau wangi.
- Masukkan 1 sudu kecil cili kisar, potongan ayam dadu, dan kacau sehingga separuh masak
- Selepas itu, pecahkan sebiji telur dan kacau sehingga sehingga masak sebelum memasukkan 1 mangkuk nasi sejuk
- Setelah masukkan 1 mangkuk nasi, kacau hingga sebati
- Masukkan secubit garam dan gula sebagai perasa
- Angkat nasi goreng yang sudah dimasak… dan selepas ini ayuh lihat cara membuat telur yang menyaluti nasi goreng enak tadi!
- Pecahkan dua biji telur, kacau hingga sebati
- Tuang telur di atas kuali, dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
- Apabila telur sudah masak, ambil nasi goreng tadi, dan ditelungkupkan di atas telur dadar.
- Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi atau bulat (ikut kreativiti anda) dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan.
Penyediaan bahan hiasan
- Potong timun sebagai hiasan dan letakkan timun di atas Nasi Goreng Pattaya
- Tuangkan ½ sos ke atas Nasi Goreng Pattaya
- Nasi goreng sedia di hidang!
Tips
Boleh juga dihidang bersama bawang goreng dan sup sebagai bahan sampingan
Resepi Nasi Goreng Yang lain
Nasi Goreng Pattaya | Nasi Goreng USA |
Nasi Goreng Thai | Nasi Goreng Tomyam |
Nasi Goreng Ayam | Nasi Goreng Cendawan |
Nasi Goreng Daging Merah | Nasi Goreng Kampung |