Resepi Nasi Goreng Daging Merah yang Mudah dan Ringkas

Resepi Nasi Goreng Daging Merah

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan nasi goreng daging merah yang mudah dan simple untuk disediakan? Nasi goreng daging merah merupakan salah satu menu yang popular jikalau ke restoran masakan thai. Dengan gabungan warna nasi goreng dan daging merah berjaya menarik perhatian kita apatah lagi rasanya yang sedap.

Memandangkan sekarang musim PKP, kita tidak dapat makan di restoran dan hanya boleh makan bungkus di rumah. Di samping itu, anda juga boleh menyediakan sendiri nasi goreng daging merah ini di rumah. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan nasi goreng daging merah yang mudah dan ringkas.

Pengenalan

Nasi goreng daging merah merupakan nasi goreng yang yang dimasak seperti biasa dan dihidangkan bersama daging merah. Menu ini seakan-akan seperti menu nasi goreng USA. Menu ini sangat mudah untuk dihasilkan dan sesuai dimakan bersama keluarga untuk hidangan makan malam. Mari kita cuba resepi nasi goreng daging merah seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Nasi Goreng Daging Merah

Bahan-bahan Masakan Nasi Goreng

  • 5 mangkuk kecil nasi putih
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris halus)
  • 2 senduk lada kering kisar
  • 3-4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 biji telur
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan masakan Daging Merah

  • 1/2 kg daging (dihiris nipis)
  • Sedikit pewarna merah
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 3-4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris membulat)
  • 2 senduk lada kering kisar
  • 5 tangkai cili padi
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Dua sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 batang kacang panjang
  • 5 biji jagung muda
  • 1 batang lobak merah
  • 2 sudu kecik tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-Cara memasak Resepi Nasi Goreng Daging Merah

Cara- cara memasak Nasi Goreng

  1. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan lada kering kisar. Masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili padi dan telur.
  4. Apabila telur sudah masak, masukkan nasi bersama garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Gaulkan nasi dan masak seketika agar semua bahan sebati.

Cara-cara memasak Daging Merah

  1. Di dalam kuali yang berisi air, rebuskan daging yang telah dihiris nipis dan dibasuh bersih bersama sedikit pewarna merah, sedikit garam dan serbuk perasa. Rebuskan sehingga daging masak dengan empuknya.
  2. Apabila daging sudah empuk, angkat dan toskan.
  3. Kemudian, di dalam kuali yang lain, masukkan minyak masak.
  4. Tumiskan bawang putih, halia dan lada kering kisar. Tumiskan sehingga naik bau dan lada kering masak.
  5. Masukkan air rebusan daging anggaran 1 senduk, sos cili, sos tiram, sos ikan dan air bancuhan tepung jagung.
  6. Masakkan seketika. Kemudian, masukkan daging bersama lobak merah, jagung muda, kacang panjang, daun limau purut dan bawang besar.
  7. Masukkan sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
  8. Gaul sebati semua bahan dan masak seketika.
  9. Selamat mencuba. Bolehlah dihidangkan bersama nasi goreng.

Tips Berguna:

  • Hidangkan bersama timun dan salad untuk lebih menarik.
  • Tambah selera dengan tambahan telur mata goreng.

Resepi Nasi Goreng Yang lain

Nasi Goreng PattayaNasi Goreng USA
Nasi Goreng ThaiNasi Goreng Tomyam
Nasi Goreng AyamNasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Daging MerahNasi Goreng Kampung

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + 2 =