Resepi Nasi Goreng USA yang mudah dan lazat.

resepi nasi goreng usa

Tekak anda teringin satu hidangan nasi yang agak penuh lauknya? Kali ini kami dari The Resepi akan berkongsi dengan anda, resepi Nasi Goreng USA yang lazat untuk anda cuba. Jadi, mari kita mulakan.

Pengenalan

Nasi goreng USA sangat popular di kedai makan dan restoran di Malaysia. USA seperti dalam nama hidangan ini bukan merujuk kepada United States of America, tetapi adalah singkatan kepada Udang, Sotong, dan Ayam yang menjadi isi lauk dalam hidangan ini.

Jadi mari kita cuba buat dengan resepi yang telah kami sediakan di sini.

Masa untuk Memasak : 20 – 25 minit

Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan bahan Masakan Nasi Goreng USA :

Bahan untuk Nasi Goreng(Ditumbuk)

  • 2 biji cili merah
  • 4-5 biji cili padi
  • Belacan(sebesar ibu jari)

Bahan untuk nasi goreng

  • 3 biji bawang putih dipotong dadu
  • 3 biji bawang merah dipotong dadu
  • 1-5 ekor udang (dibuang kulit)
  • 3-7 mangkuk kecil nasi putih
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 mangkuk sayur kangkung
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk perasa
  • 2 sudu sos ikan

Bahan untuk Daging masak merah

  • 300gm daging yang direbus empuk
  • 3 biji bawang putih, diketuk
  • 1/2 bawang holland yang dihiris
  • cili padi
  • cili merah
  • air rebusan daging
  • garam
  • serbuk perasa
  • halia 2 inci
  • 1 biji tomato

Bahan lain (Tambahan)

  • 1 biji telur ayam ( untuk digoreng)
  • Hirisan cili merah

Cara Penyediaan Nasi Goreng USA

Cara cara memasak (nasi goreng) :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk, gaul sehingga nampak perang
  3. Masukkan sos tiram, kacau perlahan
  4. Kemudian, masukkan pula udang dan goreng sehingga masak
  5. Setelah semuanya nampak masak dan sebati, masukkan nasi serta sayur
  6. Kacau semuanya sehingga sayur nampak sedikit lembut
  7. Campurkan sos ikan, serbuk perasa, lada hitam dan garam bagi menambahkan rasa dalam nasi goreng mengikut selera,.
  8. Kacau semuanya sehingga sebati.

Cara memasak daging masak merah :

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis
  2. Tumis bawang putih, sedikit cili padi dan halia
  3. Kemudian masukkan daging yang sudah direbus, kacau seketika
  4. Campurkan dengan sedikit sos cili dan tomato tadi yang dipotong dadu
  5. Gaul dan masukkan serbuk perasa dan sedikit garam
  6. Setelah semuanya nampak sebati, masukkan air rebusan daging dan hirisan bawang holland, cili padi dan cili merah
  7. Kacau sehingga sebati dan biarkan kuah sedikit pekat
  8. Setelah nampak semuanya sebati, tutup api dan hidangkan bersama nasi goreng.

*Sebagai tambahan, telur mata juga boleh diletakkan bersama hirisan cili merah ataupun timun bergantung pada citarasa anda.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Selain ayam, anda juga boleh guna udang, sotong, sebagai ganti. Ini bergantung kepada citarasa sendiri.
  • Telur mata juga boleh digoreng untuk menambah kelazatan dalam masakan ini.

Selamat mencuba resepi Nasi Goreng USA ini!

Resepi Nasi Goreng Yang lain

Nasi Goreng PattayaNasi Goreng USA
Nasi Goreng ThaiNasi Goreng Tomyam
Nasi Goreng AyamNasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Daging MerahNasi Goreng Kampung

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

five × one =