Tiada idea untuk menyediakan sarapan di waktu pagi atau hidangan di waktu malam? Artikel ini akan menyediakan resepi hidangan nasi goreng cendawan yang simple dan boleh dibuat dalam masa yang singkat.
Pengenalan Resepi Nasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Cendawan merupakan salah satu makanan tempatan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Nasi goreng cendawan ini bukan sahaja terdapat di restoran melayu dan thai malahan ada juga sesetengah retoran cina yang menjualnya. Ini kerana, banyak khasiat cendawan yang dapat diperoleh daripada hidangan tersebut. Kombinasi sayur cendawan dan bahan-bahan yang lain memberikan rasa dan aroma yang lebih mengiurkan.
Nikmatilah resepi dari gabungan bahan-bahan tersebut.
Masa penyediaan: 15 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan-Bahan Masakan Nasi Goreng Cendawan
Bahan asas
- Minyak masak
- 3 cawan nasi putih
- 1 mangkuk isi ayam
- Sos tiram
- Sotong
- Lada sulah
- Lobak merah dipotong dadu
- 1 biji telur
- Kacang panjang dipotong kecil
- Cendawan tiram yang teah dicarik kecil
- Garam
- Serbuk secukup rasa
Bahan-Bahan Yang Perlu Dihiris
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- Cili padi
Bahan sebagai hiasan
- Daun bawang
- Cili potong
- Timun
Cara penyediaan nasi goreng cendawan.
- Panaskan minyak yang secukupnya didalam kuali dan tumis bawang besar dan bawah putih.
- Masukkan cili padi yang telah dihiris halus dan isi ayam sehingga separuh masak
- Masukkan sos tiram, sotong, lada sulah dan lobak merah ke dalam masakan.
- Pecahkan satu biji telur dan tabahkan di dalam masakan serta kacau sehingga telur hancur
- Masukkan 3 mangkuk nasi sedikit demi sedikit dan kacang panjang serta cendawan tiram.
- Kacau masakan sehingga sebati dan sayur cendawan menjadi sedikit layu.
- Tambahkan sedikit garam serbuk secukup rasa dan kacau sehingga sebati.
Penyediaan bahan hiasan
- Hidangkan nasi goreng cendawan di dalam pinggan.
- Hiaskan dengan cili potong, timun dan daun bawang yang dihiris halus.
Tips
- Gunakan nasi putih yang sejuk adalah lebih baik kerana jika menggunakan nasi yang baru diamasak atau panas, ia akan menghasilkan nasi goreng yang lembik dan melekit sehingga berketul-ketul.
Selamat mencuba resepi nasi goreng cendawan ini!
Resepi Nasi Goreng Yang lain
Nasi Goreng Pattaya | Nasi Goreng USA |
Nasi Goreng Thai | Nasi Goreng Tomyam |
Nasi Goreng Ayam | Nasi Goreng Cendawan |
Nasi Goreng Daging Merah | Nasi Goreng Kampung |