resepi muffin chocolate chip

Resepi Muffin Chocolate Chip Untuk Peminat Coklat

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi muffin chocolate chip yang enak? Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang satu juadah pencuci mulut yang sangat digemari oleh semua golongan umur terutama sekali kanak-kanak iaitu resepi muffin chocolate chip. Hidangan ini sesuai dibuat untuk kudapan minum petang dan jamuan-jamuan kecil.

Pengenalan

Kanak-kanak adalah antara peminat muffin chocolate chip. Rasa muffin yang manis dan penuh dengan chocolate chip menjadikan muffin ini menjadi rebutan ramai. Butiran chocolate ini menjadi cair apabila dimasak dan menyebabkan ia bertambah enak untuk dinikmati.

Muffin chocolate chip adalah lebih kurang sama seperti chocolate cupcake. Adunan seperti kek yang dihidangkan di dalam cawan kertas ini sangat sesuai dihidangkan pada majlis parti hari jadi mahupun rumah terbuka. Di samping itu, muffin chocolate cake ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan dan pasti mendapat banyak tempahan.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah didapati dan tidak rumit. Anda boleh membuatnya di rumah untuk kudapan seisi keluarga. Saya sertakan resepi muffin chocolate chip seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Muffin Chocolate Chip

  • 1 biji telur gred A
  • 2/3 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawab serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kopi
  • 1 cawan semisweet chocolate chips
  • Cawan muffin

Cara- Cara Menyediakan Resepi Muffin Chocolate Chip

  1. Di dalam bekas, masukkan telur, minyak masak, esen vanilla, susu segar dan gula pasir. Pukul adunan sehingga kembang menggunakan pemukul manual ataupun pemukul elektrik.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko dengan menggunakan pengayak sehingga halus.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak ke dalam adunan telur, minyak masak, esen vanilla, susu segar dan gula pasir sebentar tadi. Gaulkan sehingga sebati semua bahan menggunakan kaedah gaul dan kaup.
  4. Kemudian, masukkan serbuk penaik, serbuk kopi dan garam ke dalam adunan. Dan kacau sehingga sekata.
  5. Selepas itu, masukkan chocolate chips ke dalam adunan dan gaulkan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam cawan muffin sebanyak 3/4 tinggi cawan muffin kerana sebentar nanti adunan akan kembang sebab kita sudah meletakkan serbuk penaik.
  7. Taburkan sedikit chocolate chips ke atas adunan di dalam muffin sebagai topping.
  8. Bakar muffin pada suhu 180C selama 15-20 minit.
  9. Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 1 =