resepi sambal daging merah

Resepi Sambal Daging Merah Pedas Menyala

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi sambal daging merah yang sedap? Masakan sambal daging merah merupakan menu yang digemari bagi mereka yang suka masakan pedas. Selain itu, menu ini juga sesuai untuk dihidangkan bersama nasi putih dan sayur masak lemak.

Pengenalan

Resepi sambal daging merah menggunakan cili kering kisar yang menjadikan ia nampak merah pedas. Anda boleh juga menggunakan cili kering kurang pedas jika hendak mengurangkan kepedasan dalam masakan anda. Menu sambal daging merah juga amat mudah untuk dimasak. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak.

Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara memasak resepi pedas ini. Anda boleh mencuba untuk memasak resepi ini di rumah untuk santapan seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sambal Daging Merah

Saiz hidangan: 4 orang

Bahan kisar:

Untuk tumisan

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Untuk cili kisar:

  • 10 biji cili kering (sudah direndam air panas)
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili padi (jika mahu tambah kepedasan)

Bahan-bahan lain:

  • 500 gram daging batang pinang
  • 1 batang serai dititik
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • sedikit garam
  • sedikit santan
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Sambal Daging Merah

  1. Kisar kesemua bahan-bahan seperti di atas. Ketepikan.
  2. Tumiskan bahan tumisan yang dikisar, serai dan belacan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan gaulkan sekata sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan 1 sudu kecil pes asam jawa yang telah dibancuh dengan setengah cawan air. Gaulkan dan masak sehingga sambal pecah minyak.
  5. Masukkan daging yang dihiris nipis dan gaulkan. Masak sehingga daging empuk. Boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
  6. Setelah daging empuk, masukkan santan dan garam. Gaulkan dan kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaulkan dan masak sebentar sehingga bawang layu.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Anda boleh juga merebus daging terlebih dahulu sebelum masukkan ia ke dalam masakan.
  • Boleh gunakan asam keping jika tiada pes asam jawa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − thirteen =