resepi telur masak kurma

Resepi Telur Masak Kurma Lazat Pekat

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi telur masak kurma yang sedap? Telur masak kurma merupakan menu yang mudah dan ringkas untuk disediakan untuk seisi keluarga. Menu ini boleh dijadikan lauk untuk makan tengahari bersama dengan nasi putih atau nasi beriani.

Pengenalan

Telur masak kurma adalah menu simple yang boleh disediakan untuk seisi keluarga. Ia juga amat sesuai jika dihidangkan untuk kanak-kanak kerana rasanya kurang pedas. Selain dimakan bersama nasi putih, telur masak kurma juga boleh dinikmati bersama nasi beriani, nasi minyak atau nasi tomato. Ada juga yang menggandingkan telur masak kurma dengan kicap.

Cara-cara untuk menyediakan telur masak kurma adalah mudah sahaja. Selain itu, ia juga boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda. Mari kita pelajari cara-cara untuk menyediakan telur masak kurma yang lazat ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Telur Masak Kurma

  • 6 biji telur rebus yang dikupas kulitnya ( boleh tambah kuantiti ikut selera)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 5 sudu besar rempah kurma
  • 1 cawan santan
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji kentang (dipotong baji)
  • 1 biji cili hijau besar
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 helai daun pandan disimpul (optional)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Telur Masak Kurma

  1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak, tumiskan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan pandan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang yang telah dikisar dan halia. Kacau rata sehingga layu.
  3. Kemudian, masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata, setelah kering masukkan lagi sedikit air. Ulangi langkah meletakkan air sedikit demi sedikit sehingga rempah pecah minyak.
  4. Setelah itu, masukkan kentang, kacau rata dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam kentang.
  5. Masukkan pes asam jawa dan bawang besar, kacau kesemuanya. Perlahankan sedikit api dan biarkan kuah mereneh.
  6. Setelah kentang masak, masukkan santan dan cili hijau. Kacau perlahan-lahan dan kemudian masukkan telur dan perasakan dengan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan mereneh. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips masakan:

  • Boleh gunakan santan kotak jika tiada santan segar.
  • Boleh juga tambahkan tomato jika suka.
  • Boleh tambahkan 1 sudu kecil minyak sapi semasa menumis untuk aroma lebih wangi.
  • Pastikan kuah sentiasa dikacau perlahan-lahan setelah letak santan supaya santan tidak pecah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × one =