resepi kari telur rebus

Resepi Kari Telur Rebus Yang Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi kari telur rebus yang sedap? Pelbagai masakan dengan menggunakan telur rebus boleh dibuat antaranya adalah kari telur rebus. Kari telur rebus sememangnya masakan yang agak digemari ramai kerana kombinasinya yang sesuai, enak dan lazat. Selain menikmatinya bersama nasi putih, kari telur rebus juga boleh dimakan bersama pulut kuning dan roti jala.

Pengenalan

Kari telur rebus merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan ramai terutama bagi mereka yang berkeluarga kerana hidangan ini adalah mudah, ringkas dan menjimatkan. Walaupun ia ringkas, kari telur rebus amat lazat untuk dinikmati dan menjadi kesukaan kanak-kanak. Cara menyediakan kari telur rebus adalah tidak merumitkan. Selain menjimatkan kos, ia juga menjimatkan masa untuk ibu-ibu di rumah. Mari kita pelajari cara-cara untuk memasak kari telur rebus yang enak ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kari Telur Rebus

  • 6 biji telur rebus yang dikupas kulitnya
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 biji kentang dipotong dadu (jika suka)
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kari Telur Rebus

  1. Mula-mula, kisarkan bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumiskan bunga lawang, kayu manis, pelaga dan bawang yang dikisar sehingga naik bau. Boleh tambahkan daun kari jika ada.
  3. Selepas itu, masukkan rempah kari daging, kacau rata. Masukkan air sedikit, kacau rata, apabila kering tambah lagi sedikit air. Ulang langkah ini sehingga rempah pecah minyak dan menjadi sedikit gelap.
  4. Kemudian, masukkkan telur rebus dan kentang. Kacau rata perlahan-lahan. Selepas itu masukkan air dan pes asam jawa. Kuantiti air adalah mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Jika ingin kuah pekat, tidak perlu masukkan banyak air.
  5. Perlahankan api, tutup periuk. Biarkan ia mereneh sehingga kentang empuk.
  6. Setelah kentang empuk, masukkan garam secukupnya. Kacau rata perlahan-lahan dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Tips masakan:

  • Boleh juga masukkan sedikit santan pekat jika mahu rasa lemak.
  • Boleh juga masukkan sedikit kerisik jika suka.
  • Gunakan garfu untuk memastikan kentang sudah masak dan empuk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − eleven =