resepi kek sarang semut

Resepi Kek Sarang Semut Terliur

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek sarang semut yang sedap? Kek sarang semut merupakan hidangan pemanis mulut yang digemari ramai. Tekstur kek ini yang berongga kecil menjadikan ia dikenali sebagai kek ‘sarang semut’. Ada juga yang menamakan kek ini sebagai kek sarang tebuan dan kek gula hangus. Kek sarang semut sesuai untuk dihidangkan untuk kudapan minum petang atau hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah.

Pengenalan

Kek sarang semut sebenarnya tidak sama teksturnya berbanding kek-kek yang lain. Tekstur kek sarang semut selalunya sedikit kenyal dan berongga halus seperti sarang semut. Terdapat pelbagai kaedah untuk menyediakan kek sarang semut. Ada yang menggunakan kaedah peram dan ada yang tidak. Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda resepi kek sarang semut yang tidak perlukan kaedah peram. Mari kita cuba resepi kek sarang semut yang istimewa ini di rumah.

Bahan- Bahan Untuk Resepi Kek Sarang Semut

  • 6 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan air panas
  • 1 cawan butter

Cara- Cara Untuk Membuat Resepi Kek Sarang Semut

  1. Mula-mula kita sediakan dahulu sirap gula hangus. Masukkan gula dalam periuk. Buka api kecil dan masak sehingga gula menjadi cair berwarna perang gelap.
  2. Setelah itu, masukkan air panas. Kacau hingga gula melarut.
  3. Kemudian, masukkan butter dan kacau semua sehingga sebati. Tutup api. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking power. Ketepikan.
  5. Dalam bekas berasingan, campurkan telur bersama esen vanilla. Pukul ia sehingga kembang.
  6. Setelah itu, masukkan susu pekat manis dan kacau rata kesemuanya.
  7. Kemudian, masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan sebati.
  8. Selepas itu, masukkan pula sirap gula hangus yang telah disediakan tadi. Gaul rata kesemuanya sehingga sebati.
  9. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam loyang yang dioles dengan minyak. Bakar menggunakan oven pada suhu 150 C selama 30 minit dengan api bawah dan sambung 170 C selama 20 minit dengan api atas bawah.

Tips Masakan:

  • Untuk memastikan kek sudah betul-betul masak, boleh gunakan lidi. Cucuk pada tengah kek. Jika licin dan tiada adunan melekat bermakna kek sudah masak.
  • Boleh juga dimasak menggunakan pengukus. Tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 40 minit.
  • Boleh gantikan butter dengan marjerin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 10 =