resepi kuih tako

Resepi Kuih Tako Kesukaan Ramai

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kuih tako yang sedap? Kuih tako merupakan kuih yang biasanya dijual di pasar malam atau di bazar Ramadhan. Kuih ini juga sesuai dibuat sebagai kudapan semasa minum petang. Rasa kuih ini yang manis beserta rasa lemak santan menjadikan ia digemari oleh ramai orang.

Pengenalan

Kuih tako merupakan kuih yang mempunyai lapisan putih di atas dan lapisan hijau di bawah. Ia seakan-akan seperti kuih tepung pelita dan kuih limas. Namun begitu kuih ini mempunyai perbezaan berbanding kuih tepung pelita dan kuih limas. Kuih tako selalunya menggunakan tepung jagung dan ada butiran sengkuang cina didalamnya. Bekasnya pula menggunakan daun pandan. Namun, jika mahu lebih mudah, anda boleh sahaja menggunakan bekas plastik kecil untuk mengisinya. Mari kita mencuba resepi yang enak dan istimewa ini di rumah untuk kudapan seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuih Tako

Bahagian Lapisan Bawah (Hijau):

  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 5 biji sengkuang cina (dipotong dadu)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 3 helai daun pandan (dikisar bersama air dan ditapis)

Bahagian Lapisan Atas (Putih):

  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan santan ( 2 cawan santan pekat + 3 cawan air)
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kuih Tako

  1. Mula-mula, sedikan terlebih dahulu bekas isian kuih tako dan susunkan dalam dulang.
  2. Untuk memasak lapisan bawah (hijau), campurkan kesemua bahan-bahan kecuali sengkuang cina dalam periuk. Kacau semua sehingga sebati dan hilang ketulan tepung. Kemudian baru buka api dapur. Buka api sederhana.
  3. Setelah nampak adunan sedikit likat, masukkan sengkuang cina. Kacau perlahan-lahan sehingga nampak adunan menggelegak dan likat. Kemudian tutup api. Boleh isikan adunan ke dalam bekas.
  4. Kemudian kita masak lapisan atas (putih) pula. Campurkan kesemua bahan-bahan dalam periuk. Kacau rata sehingga sebati dan tiada ketulan. Kemudian buka api sederhana.
  5. Setelah adunan menjadi likat dan menggelegak, boleh tutup api. Tuangkan ia ke atas lapisan hijau dalam bekas tadi. Tunggu sejuk dahulu sebelum dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Setelah sejuk boleh simpan kuih tako dalam peti sejuk untuk rasa lebih lazat.
  • Boleh gunakan santan kotak untuk menggantikan santan pekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × one =