Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kuih qasidah yang sedap? Kuih qasidah merupakan kuih tradisional yang terkenal di negeri utara Malaysia. Kuih ini sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang bersama minuman teh atau kopi.
Pengenalan
Kuih qasidah adalah kuih yang jarang didapati di gerai atau kedai makan. Namun kuih ini mempunyai ramai peminat terutama bagi golongan warga emas. Rasa lemak masin dengan wangian minyak bawang menjadikan kuih ini sedap dan mempunyai rasa yang istimewa. Cara membuat kuih ini adalah tidak rumit. Bahan-bahannya ringkas dan mudah didapatkan di kedai.
Untuk resepi kuih qasidah kali ini, penulis akan berkongsi resepi versi tiada santan. Kuih qasidah yang asli memang sebenarnya tidak menggunakan santan. Namun terpulang kepada pembaca sekiranya inginkan meletakkan santan jika anda menggemarinya. Mari kita cuba resepi kuih qasidah yang sedap ini di rumah.
Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuih Qasidah
- 1 cawan tepung gandum
- 8 biji bawang merah ros (dihiris nipis)
- 2 1/2 cawan air
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- garam
- Minyak sapi (ikut selera, jika tak ada pun tak mengapa)
- Minyak masak secukupnya
Cara Penyediaan Resepi Kuih Qasidah
- Mula-mula gorengkan bawang merah yang dihiris nipis bersama minyak masak dan 1 sudu kecil minyak sapi. Goreng sehingga garing. Jangan goreng hingga hangit. Toskan bawang. Minyak gorengan asingkan.
- Masukkan air, tepung gandum, gula dan garam dalam periuk. Kacau kesemuanya hingga sebati dan tiada ketulan. Boleh juga tapiskan jika tidak mahu ada ketulan tertinggal.
- Panaskan campuran tadi atas api kecil. Kacau perlahan-lahan sehingga ia menjadi likat dan berlikat. Setelah likat, masukkan 1 sudu kecil minyak sapi. Kacau rata kesemuanya hingga sebati.
- Setelah itu, masukkan adunan ke dalam bekas loyang yang telah disapu dengan minyak gorengan bawang tadi. Ratakan adunan. Kemudian, taburkan ia dengan bawang goreng dan sedikit minyak gorengan bawang.
- Biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan sedia untuk dihidangkan.
Tips masakan:
- Jangan goreng bawang menjadi terlalu hangit. Sedikit hangit tidak mengapa.
- Boleh tapiskan bancuhan tepung sebelum dipanaskan dalam periuk untuk elakkan adunan berketul.
- Biarkan kuih qasidah sejuk dahulu sebelum memotongnya.