resepi kalio ayam

Resepi Kalio Ayam Sedap Dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi kalio ayam yang sedap? Resepi kalio ayam merupakan resepi masakan suku minang. Masakan ini sesuai disedikan bersama nasi putih semasa makan tengahari atau makan malam. Selain kalio ayam terdapat juga kalio daging dan kalio udang.

Pengenalan

Hidangan kalio ayam adalah hidangan yang mudah untuk disediakan. Ia juga merupakan masakan istimewa yang berasal daripada kaum minang. Masakan ini digemari ramai orang kerana mempunyai rasa yang lazat, dilengkapi dengan rempah ratus dan aroma daun-daun yang membangkitkan selera. Masakan kalio ayam boleh dihidangkan sebagai lauk untuk makan tengahari untuk seisi keluarga. Ia juga boleh dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak kerana ia tidak terlalu pedas. Mari kita pelajari cara-cara memasak resepi kalio ayam ini untuk santapan seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kalio Ayam

  • 1 ekor ayam
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia *
  • 2 biji buah keras *
  • 1 sudu besar jintan putih *
  • 1 sudu besar ketumbar *
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 batang serai dititik
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 helai daun salam
  • 3 biji buah limau nipis diambil airnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kalio Ayam

  1. Kisarkan bahan-bahan bertanda * dan ketepikan.
  2. Perapkan ayam bersama air perahan limau nipis dan ketepikan.
  3. Panaskan 1 senduk minyak dalam periuk dan kemudian tumiskan serai, daun salam, daun limau purut dan daun kunyit sehingga layu.
  4. Setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama cili kering kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan pula ayam yang telah diperap dengan air perahan limau nipis tadi. Gaulkan sebati. Tutup periuk dan masak sehingga ayam empuk.
  6. Kemudian masukkan santan dan kacau rata kesemuanya. Biarkan kuah mereneh sambil kacau perlahan-lahan. Pastikan api sederhana.
  7. Setelah ayam masak, masukkan garam secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Tips masakan:

  • Jika mahu masak versi lebih pedas, anda boleh tambahkan beberapa biji cili padi merah dalam bahan kisar.
  • Jika tiada limau nipis, boleh masukkan asam keping dalam kuah semasa memasak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × four =