resepi telur masak kicap

Resepi Telur Masak Kicap Lapar Nak Cepat

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi telur masak kicap yang sedap? Menu telur masak kicap merupakan menu yang sangat mudah dan digemari ramai orang tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Selain itu, hidangan ini juga sering menjadi pilihan semasa duit poket hampir kekeringan terutamanya pada pertengahan bulan.

Pengenalan

Telur masak kicap merupakan menu masakan ringkas yang sering menjadi pilihan golongan bujang dan para ibu apabila hendak menjimatkan masa. Menu ini sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Walaupun mudah, keenakan masakan telur masak kicap boleh membuatkan seseorang menambah nasi beberapa kali. Selain itu, ia juga menjadi kegemaran kanak-kanak. Mari kita pelajari resepi yang mudah dan cepat ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Telur Masak Kicap

  • 5 biji telur (digoreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 biji cili padi ( ikut tahan kepedasan masing-masing)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • kicap lemak manis secukupnya
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Telur Masak Kicap

  1. Mula-mula, goreng telur satu per satu. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sedikit garam dan sadikit air. Biarkan ia mereneh.
  4. Kemudian, masukkan telur goreng beserta cili padi dan bawang besar yang dipotong gelang.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tips masakan:

  • Semasa goreng telur, pastikan telur kuning tidak terlalu masak supaya ia menjadi lebih enak semasa dijamah.
  • Boleh juga taburkan ikan bilis goreng di atas masakan apabila siap masak.
  • Boleh juga digandingkan bersama sambal belacan dan ulam timun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × one =