resepi ayam goreng berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah. Simple dan Sedap

Semestinya pada setiap hari sama ada ayam goreng atau ikan goreng yang akan menjadi menu utama atau pembekal protein di dalam menu tengah hari atau makan malam. Artikel pada kali ini akan membincangkan tentang resepi ayam goreng berempah yang menjadi kegemaran orang Malaysia pada waktu tgh hari.

Pengenalan

Resepi ayam goreng berempah ini sangatlah digemari oleh peniaga-peniaga pada waktu tgh hari. Kiat juga boleh melihat ayam goreng berempah ini dimakan bersama nasi putih dan gulai ataupon berrsama nasi lemak pada waktu pagi.

Istimewa tentang resepi ini adalah campuran pelbagai rempah yang boleh dirasai pada ayam goreng tersebut. Serai yang banyak membuatkan ayam tersebut berbau wangi dan juga merasa sedap untuk diamakan. Perapan yang lebih lama akan menjadikan tekstur ayam tersebut lebih lembut dan sedap.

Masa penyediaan: 30 minit

Bilangan Sajian: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan Asas

  • 1 ekor ayam yang telah dipotong
  • 2 sudu sebuk cili
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 5 batang serai yang telah dipotong kira-kira 1 inci dan ditumbuk halus.
  • Garam
  • Daun kari

Bahan-bahan untuk dikisar halus.

  • 5 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah.

  • Basuh ayam tersebut sehingga bersih dan toskan daripada air basuhan tadi.
  • Kisarkan bersama serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis dan serbuk jintan putih.
  • Gaulkan ayam yang telah dibasuh dengan kesemua bahan termasuk bahan yang telah dikisar halus.
  • Perap ayam yang telah digaul selama 1 jam atau lebih.
  • Panaskan minyak masak yang secukupnya dan boleh mula menggoreng ayam tersebut denagn api yang sederhana sehingga ayam masak.

Tips:

  • Untuk medapatkan ayam yang dimasak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam, tutup kuali dengan penutup seketika sehingga masak.
  • Ayam tersebut perlulah digoreng dengan api yang sederhana besarnya kerana dikhuatiri isi didalam ayam tersebut masih mentah dan kulit luarnya sudah berwarna hitam.

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 13 =