Bagaimanakah cara memasak resepi ayam masak halia? Artikel ini membincangkan cara, bahan yang diperlukan dan tips untuk memasak resepi ini
Pengenalan
Masakkan apa yang mudah dan cepat disediakan? Ayam masak kicap, ayam masak sambal? Ha! Bukan itu saja tau. Anda juga boleh masak ayam masak halia. Ayam masak halia adalah masakan yang mudah dan cepat tetapi pasti memancing selera anda. Aromanya yang wangi sudah cukup buat perut anda berbunyi bunyi minta diisi. Makan pula dengan nasi yang panas, pasti anda akan terangkat ketika makan.
Amboi! Terasa lapar pulak kan? Mari kita cuba selami resepi ayam masak halia ini. Anda jangan risau, bahan bahan digunakan juga sangat mudah didapati dan mungkin memang ada stock dirumah anda. Ini lah waktunya anda beraksi didapur dengan menggunakan bahan bahan yang ringkas dan cepat disediakan. Rasa tak sabar bukan? Jom! Kita mulakan sekarang
Waktu penyediaan: 20-35 minit
Hidangan makan: 3-4 orang
Bahan untuk Resepi Ayam Masak Halia
- 500 gram ayam
- 4 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar
- 1 biji cili merah
- 1 tangkai daun bawang
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung
- minyak masak
- lada sulah atau lada hitam
- kunyit
- garam dan gula
Cara Memasak Resepi Ayam Masak Halia
- Bersihkan ayam dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir
- Potongkan ayam mengikut saiz yang anda mahukan dan gaulkan ayam bersama kunyit dan garam. Ketepikan
- Panaskan minyak didalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana
- Gorengkan ayam yang sudah disalut dengan kunyit tadi sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan
- Hiriskan bawang putih dan halia halus halus.
- Potongkan bawang besar bulat bulat dan cili merah potong kecil kecil
- Potongkan daun bawang halus halus juga dan ketepikan semua bahan yang sudah dipotong atau dihiris
- Ambil minyak yang digunakan untuk goreng ayam (anggaran 1/2 senduk) dan panaskan minyak
- Tumiskan hirisan bawang putih dan halia sehingga naik aroma wangi
- Masukkan sos tiram, kicap cair, dan lada putih. Kacau seketika
- Masukkan pula ayam yang dimasak separuh tadi dan biarkan seketika
- Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk menjadikan kuah anda pekat. Kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat
- Letakkan cili merah dan bawang mesar dan kacau. Biarkan seketika
- Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Bairkan seketika selama 5 minit
- Angkat dan hidangkan
- Jangan lupa taburkan daun bawang anda bagi menghias masakan ayam halia yang akan dihidangkan
Tips:
- Jangan biarkan tumisan anda terlalu lama sehingga hangus
- Hati hati dalam penggunaan garam kerana kicap cair sudah masin
- Makan bersama nasi yang panas
- Sediakan telur dadar yang digoreng garing juga, pasti lagi bertambah pinggan anda
Selamat mencuba