Resepi ayam masak kurma

Resepi Ayam Masak Kurma Yang Sedap dan Lazat

Bagaimanakah cara memasak resepi ayam masak kurma? Artikel ini membincangkan cara, bahan yang diperlukan dan tips untuk memasak resepi ini

Pengenalan

Ayam kurma sangat popular terutamanya di kawasan Utara. Ini memang menu wajib untuk kenduri-kendara. Bagi siapa yang tidak tahu, ayam kurma ni di panggil ayam kurma bukan sebab dimasak dengan kurma ye. Tetapi kerasan warnanya seakan akan kekelabuan.

Penulis sendiri tak pasti apa kaitan warna kelabu dengan nama kurma. Yang pasti, rasa ayam kurma ni sangat sedap hingga jilat jari. Kanak-kanak juga suka dengan masakan ini kerana ianya tidak pedas seperti masak gulai. Rasanya ayam kurma ini lebih kepada rasa lemak lemak rempah. Sedap.

Kepada sesiapa yang teringin untuk makan ayam masak kurma, jangan risau, anda tidak perlu lagi untuk pergi ke kenduri kendara untuk makan ayam kurma. Buat di rumah saja pun boleh! Nak tahu caranya? Jom baca artikel ini dan selamat mencuba!

Masak memasak: 30-40 minit

Jumlah hidangan: 2-5 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Masak Kurma

  1. 1 ekor ayam (potong 16)
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 4 ulas bawang putih
  4. 1 biji bawang besar
  5. 2 biji ubi kentang 
  6. 1 biji buah tomato
  7. Rempah penumis – bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  8. 3 sudu besar rempah kurma
  9. Sekotak santan
  10. Gula
  11. Serbuk perasa
  12. Asam keping
  13. 1 sudu kecil kerisik

Bahan untuk dikisar:

  1. 4 ulas bawang merah
  2. 1 inci halia

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Kurma

  1. Basuh ayam bersih-bersih
  2. Hiris bawang merah dan putih
  3. Belah 4 bawang besar tadi kepada empat
  4. Kisar bahan kisaran hingga hancur
  5. Panaskan minyak  dan tumis rempah tadi bersama bawang merah serta putih yang dihiris sehingga kekuningan atau naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan kacau rata sehingga wangi.
  7. Seterusnya masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga pecah minyak atau terbit minyak.
  8. Masukkan pula ayam, bawang besar dan kentang.
  9. Kacau hingga sebati dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
  10.  Selepas naik minyak, masukkan santan dan air secukupnya (ikui nak kuah pekat mana). Kacau rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak.
  11. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keeping secukup rasa
  12. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan tunggu hingga menggelegak
  13. Tutup api dan masakan sedia dihidang.

 Tips:

  1. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan.
  2. Sekarang ni banyak instant rempah yang sedap dan mudah untuk masak kurma. Anda boleh beli dan cuba di rumah.
  3. Tambahkan 1 sudu besar minyak sapi semasa tumis supaya aroma kuah lebih wangi.

Selamat mencuba resepi ayam kurma ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 2 =