resepi ayam sambal bali

Resepi Ayam Sambal Bali Yang Enak Dan Lazat

Bagaimanakah cara memasak resepi ayam sambal bali yang sedap? Artikel ini akan membincangkan cara memasak, bahan yang diperlukan dan tips ringkas untuk resepi ayam sambal ini.

Pengenalan

Satu hidangan yang agak viral satu ketika dulu, ayam sambal bali ini seakan akan seperti hidangan ayam masak kicap pedas, tapi agak lain sedikit dari segi rasanya. Tidak dapat dipastikan dari mana pula datang nama ayam masak bali tersebut.

Apa apa pun, mari kita cuba resepi yang kongsikan di sini.

Masa penyediaan : 20 – 35 minit

Jumlah Hidangan : 3- 4 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Sambal Bali

Bahan kisar halus :

  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 biji bawang besar
  • 4-5 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih

Bahan Ayam :

  • Minyak
  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan lain :

  • Garam
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Sedikit gula melaka
  • Air
  • 1 senduk cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 batang serai

Cara Memasak Resepi Ayam Sambal Bali

  1. Sediakan bahan untuk dikisar tadi
  2. Hiris kasar bawang besar, halia, bawang putih, bawang merah
  3. Masukkan semua bahan dalam blender, tambah sedikit air untuk memudahkan bahan dikisar, tambahkan juga belacan
  4. Serai dititik
  5. Setelah itu, siapkan pula ayam
  6. Gaul ayam tersebut dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga separuh masak
  7. Panaskan minyak
  8. Tumis serai hingga naik bau
  9. Masukkan pula daun kari
  10. Campurkan bahan kisar tadi dan kacau hingga sebati
  11. Masukkan cili kisar
  12. Masak hingga pecah minyak
  13. Masukkan sedikit air dari blender tadi, masak hingga sambal pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap
  14. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi
  15. Masukkan gula melaka dan kicap manis
  16. Tambah sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa jika mahu
  17. Tutup seketika hingga ayam masak
  18. Boleh tambah air jika kering
  19. Siap untuk dihidangkan

Tips Ringkas

  • Gula Melaka boleh digantikan dengan Gula Nisan jika mahu, rasanya masih enak juga

Selamat mencuba . Sampai kita bertemu lagi pada hantaran akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 14 =