resepi brownies kedut

Resepi Brownies Kedut Kaya Dengan Coklat

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi brownies kedut yang kaya dengan coklat? Brownies merupakan sejenis menu pemanis mulut yang disukai ramai. Pemanis mulut ini juga tidak kurang popular untuk dijadikan sebagai menu santapan minum petang dan hidangan sampingan pada majlis keraian. Ada juga yang turut menjadikan brownies ini sebagai hadiah hari jadi kepada insan yang tersayang. Pelbagai hiasan digunakan untuk mencantikkan kek brownies iaitu dengan buah-buahan dan coklat mnm yang berwarna warni.

Pengenalan

Mengapa permukaan brownies boleh jadi berkedut? Permukaan brownies yang berkedut adalah indikator bahawa brownies tersebut dimasak dengan mengikut teknik yang betul dan sukatan yang betul. Istilah kedut di sini adalah bermaksud permukaan brownies yang sedikit berkilat dan merekah. Brownies yang sedap juga mempunyai rasa sedikit ‘chewy’ dan ia lebih kaya dengan coklat.

Resepi brownies tidaklah terlalu sukar. Dengan mempelajari cara-cara untuk membuat brownies, anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Bahkan anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual brownies. Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang resepi brownies kedut yang enak dan sedap. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan Untuk Resepi Brownies Kedut

  • 400 gram coklat compound, (boleh guna coklat Beryl’s jenis coins)
  • 30 gram serbuk koko, (boleh guna jenama Beryl’s atau Van Houtten)
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 170 gram gula perang (Jika tiada boleh guna gula kastor dengan kuantiti 150 gram)
  • 150 gram butter
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Cara-Cara Membuat Resepi Brownies Kedut

  1. Ayak tepung dan serbuk koko dan ketepikn dulu.
  2. Cairkan butter, garam dan coklat compound (dipotong kecil-kecil) menggunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Satukan telur, gula dan esen vanilla dalam mangkuk dan whisk hingga sebati. Kemudian, tuangkan ia ke dalam campuran butter dan coklat yang dicairkan tadi. Gaul rata kesemuanya hingga sebati.
  4. Selepas itu masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak ke dalam adunan. Masukkan sedikit demi sedikit serta gaulkan hingga tiada ketulan dalam adunan. Tekstur adunan akan menjadi pekat dan likat.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inchi yang telah dialas dengan kertas minyak.
  6. Masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C dan bakar selama 35-45 minit (mengikut oven masing2) dengan menggunakan api atas dan bawah. Pastikan tidak terlebih bakar.

Tips Berguna:

  • Gunakan lidi untuk memastikan brownies telah masak. Cucuk pada tengah-tengah brownies. Jika tiada adunan melekat, ia bermakna brownies anda telah pun masak.
  • Selepas sudah masak, biarkn seketika brownies dalam oven dengan meregangkan sedikit pintu oven untuk selama sekurang-kurangnya 15 – 20 minit.
  • Untuk rasa coklat yang lebih dalam brownies, simpankan sedikit coklat cair untuk dimasukkan pada gaulan akhir sekali dan kacau rata adunan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 1 =