resepi swiss tart strawberry

Resepi Swiss Tart Strawberry Yang Enak

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi swiss tart strawberry yang enak? Swiss tart strawberry merupakan antara kuih raya yang terkini menjadi kegemaran ramai. Selain strawberry, terdapat juga swiss tart perisa coklat nutella dan biscoff. Selain hari raya, swiss tart strawberry juga boleh dijadikan kudapan pada hari-hari lain dan menjadi hidangan sampingan dalam jamuan.

Pengenalan

Swiss tart strawberry merupakan sejenis kuih atau biskut yang berbentuk tart dan diisi dengan strawberry jem atau filling di tengah-tengahnya. Rasa swiss tart strawberry ini sedikit rangup dan lembut. Selain itu, kuih ini juga mempunyai sedikit rasa coklat di dalamnya. Bentuk swiss tart ini cantik dan seakan-akan kuih mewah untuk santapan warga kayangan. Walaupun kelihatan mewah, membuat swiss tart strawberry tidaklah rumit. Jadi, mari kita pelajari cara-cara untuk menyediakan resepi istimewa ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Swiss Tart Strawberry

  • 250 gram butter (Anchor jenis salted)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1/2 cawan cornflakes (kisar hancur sehingga halus dengan blender)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar coklat urai (tidak perlu terlalu banyak supaya doh mudah untuk ditekan dalam acuan)
  • Filling strawberry atau jem strawberry secukupnya

Cara-Cara Untuk Menyediakan Resepi Swiss Tart Strawberry

  1. Satukan butter, gula icing dengan esen vanila dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
  2. Selepas itu, masukkan cornflakes yang di kisar hancur dan gaulkan rata.
  3. Kemudian, masukkan dengan tepung gandum dan tepung jagung serta gaulkan sebati. Adunan akan mempunyai tekstur sedikit lembik.
  4. Dan akhir sekali, masukkan coklat urai dan gaul sebati.
  5. Bentukkan adunan dengan menggunakan acuan sama ada dengan menggunakan noozle hiasan kek atau acuan kuih semperit.
  6. Isi filling strawberry atau jem strawberry di ruang tengah biskut dengan menggunakan piping bag.
  7. Kemudian, bakar biskut selama lebih kurang 20 minit pada suhu 170 C dengan menggunakan api atas dan bawah. (Laraskan mengikut oven masing-masing)

Tips Berguna:

Untuk acuan, anda boleh menggunakan noozle untuk hias kek kod 1M atau noozle kod 864.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =